Sunday 25 September 2011

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.


2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?


3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.


4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

No comments:

Post a Comment

KOD RAHSIA TELEFON PINTAR ANDROID ANDA

Assalamualaikum sumer, laani rata2 org kite ngok da mule gne telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android , xkira iphone ke nokia ...