Friday 9 September 2011

Jom block apa apa website pada komputer sendiri!



Kadang kadang ianya suatu kemestian malah keperluan untuk kita menyekat sesuatu website dari dibuka di komputer kita. Antara sebab paling utama kita terlalu addicted dengan website tu sampai kerja lain tak buat atau pun bagi orang yang dah ada anak, taknak pulak anak anak mereka ‘ter’ akses laman laman ‘forno’ dan sebagainya. Bagi pengguna windows, anda boleh block apa apa saja website pada komputer anda dengan memasukkan alamat website yang ingin diblock ke dalam HOSTS file. Bila website tersebut dah di Save di dalam HOSTS files, takkan ada satu browser (mozilla, IE, safari, Opera dsb) boleh bukak laman website tersebut.

Jom kita mulakan langkah demi langkah bagaimana untuk menyekat website di komputer anda!

1. Pergi ke HOSTS file dimana terletak pada alamat berikut dalam folder WINDOWS anda. Buka file ini menggunakan notepad.

C:\WINDOWS\SYSTEM32\DRIVERS\ETC untuk Windows Seven, Vista and XP

C:\WINNT\SYSTEM32\DRIVERS\ETC untuk Win 2000

C:\WINDOWS untuk Windows 98 dan ME

2. Open HOSTS with Notepad.

Windows HOSTS file mempunyai isi kandungan seperti:

127.0.0.1 localhost

_____________________________

3. Di bawah line ini 127.0.0.1 Localhost anda perlu taip laman web yang anda ingin block. Pastikan ikut format berikut:

127.0.0.1 alamat URL yang ingin anda block tanpa http

Example:

127.0.0.1 localhost

127.0.0.1 theheartbroken.blogdrive.com

127.0.0.1 myspace.com

atau anda cuma ingin block sesuatu subdomain sahaja seperti:

127.0.0.1 search.myspace.com

127.0.0.1 profile.myspace.com

Anda perlu menaip website tersebut sama ada bersama ‘www’ atau tanpa ‘www’ sebab kadang kadang ada website yang boleh dibuka dengan ‘www’ jika anda tidak menyertakan ‘www’. Anda boleh masukkan sebanyak mana website yang ingin anda block ke dalam list tersebut.

4. Kemudian, setelah selesai anda boleh tutup Notepad atau file HOSTS itu kemudian jawab ‘Save’ dan ‘yes’ ketika ada kekotak dialog box keluar.

5. Setelah itu anda boleh cuba buka website yang anda block tu pada mana mana Browser, jika semuanya menepati arahan di atas, website tersebut tidak akan boleh di buka. Anda mungkin akan terlihat mesej ini Cannot find server or DNS Error saying: “The page cannot be displayed”. atau pun seperti di bawah ini.


Nota:


Bagi yang menghadapi masalah Administrator privilege ketika anda ingin menyimpan atau SAVE file HOSTS tersebut walaupun anda lah satu satunya pengguna komputer. Anda perlu ikut langkah berikut:

1: Buka file Notepad.exe daripada Start > Accessories

2: Sebelum itu ‘Right Click’ pada file Notepad.exe tersebut, dan Click pada ‘Run as Administrator’

3: Kemudian, anda boleh lah buka fail ‘C:\WINDOWS\SYSTEM32\DRIVERS\ETC\HOSTS’ dari dalam Notepad yang baru dibuka dengan Administrator Privilege!

4: Dengan ini anda tidak akan hadapi masalah untuk Save fail HOSTS ini. Perlu diingat walaupun fail HOSTS ini dibuka dengan notepad tetapi ia bukan fail format .txt tetapi berformat .file .

No comments:

Post a Comment

KOD RAHSIA TELEFON PINTAR ANDROID ANDA

Assalamualaikum sumer, laani rata2 org kite ngok da mule gne telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android , xkira iphone ke nokia ...