Tuesday 29 November 2011

CARA MENGEMBALIKAN FOLDER YG DI SHORTCUTKAN

Biasanya kejadian ini berlaku disebabkan serangan dari Mr Virus sehinggakan korang punye folder telah dishortcutkn dan tidak mampu lagi untuk dibaca(read)...Mula-mula..
1)pegi kt command prompt

2)pegi kt harddisc yg kene serang virus tu.contoh: D:

3)taip attrib.contoh: D:/attrib

4)pastu tulis kt attrib tu -S-R -H -A *.* /S /D.contoh: ATTRIB -S -R -H -A *.* /S /D

Siappp....settle..selamat mencuba!!

Tuesday 8 November 2011

bagaimana untuk membuka password windows

Cara Pertama : Menghilangkan Password Menggunakan Safemode
1. Restart komputer Anda
2. Tekan F8
3. Pilih safemode
Cara Menjebol Password Windows XP
4. Masuk Administrator
5. Pilih Start terus control panel terus user accounts
6. Pilih accounts yang berpassword, pilih remove password
7. Selesai, restart komputer Anda

Cara Kedua : Masuk Menggunakan Administrator
1. Hidupkan komputer Anda
2. Saat windows bertanya password tekan ctrl+alt+del serentak
3. Kosongi user name dan password, enter
Tips Komputer Cara Menjebol Password Windows XP
4. Jika belum boleh masuk juga, isikan user name dengan user “administrator” (tanpa tanda pembuka/penutup kata), kosongkan password, enter
selesai! Selamat mencuba..... :-)
Peringatan !
1. Cara ini tidak boleh digunakan untuk membuka password komputer orang lain tanpa izin
2. Jika Administrator telah di password, maka Anda tidak boleh menggunakan dua cara diatas tadi..

Thursday 3 November 2011

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila akubangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentangbagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakahamalan itu hendak diterima? 3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak adailmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalautidak ada perhatian untuknya.

Berhati-hati dengan ilmu agama di dalam internet

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara mengenai ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.
Internet mempunyai ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’ dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.
(Maksud ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya samada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil)
Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir Al-Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.
PERBINCANGAN
Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ianya dari sumber yang tulin?
1. Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar
49. Al-Hujuraat [49] : 6
6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat ‘muqaddimah’ laman web tersebut. Contoh mudah, dari blog ini sendiri.
Pertama : Kami meletakkan (Surah Al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.
Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) dan membenarkan kerasulannya (Surah Al-Ahzab [33]: 21).
Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) di ancam ke neraka. Ia adalah ikrar bahawa hadis di dalam blog ini adalah dipercayai.
Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anhum (r.a).
Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara ‘keempat’ di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.
Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;
Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis, tetapi sila lihat muka depan laman web ini (Answering Islam). Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.
Contoh 2 : Jemaah Al-Quran– Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada Al-Quran. Tapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka. Sila lihat laman ‘page’ ini (Keluar Dari Kejumudan), dimana beliau mencela kesahihan sahih Bukhari dan seluruh kitab hadis sahih yang lain.
Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.
Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah saw. Menolak Rasulullah saw sama seperti menolak Al-Quran. Menolak Al-Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.
Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firman-Nya;
Surah An-Nisaa' [4] : 14
14. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.
Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasul-nya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui Al-Quran dan As-Sunnah;
Surah An-Nisaa' [4] : 13
13. ....... Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.
Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Zaharuddin, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.
Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan bathil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.
PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir Al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca ‘muqaddimah’ mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.
Malah Al-Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta. (Rujuk Surah Al-Fatihah [1] : 1-2).
2. Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan
Surah An-Nuur [24] : 11
11. .... Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
a. Al-Quran
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;
‘Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya’.
Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan samada ia dari Al-Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;
‘...Allah Ta’ala berfirman, Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian....’
Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari Al-Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.
b. Hadis
Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut samada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta dimanakah hadis itu diambil berserta periwayatannya. Contoh;
Contoh hadis 1 : Dari Anas r.a :"Sekali pandang muka orang alim adalah lebih aku sukainya daripada ibadah enam puluh tahun; puasanya dan qiamulailnya."
(MAUDHU’ / Hadis PALSU, [0035] Jilid ke-2, bab Mengenai Keutamaan Ilmu - HImpunan Hadis-Hadis Maudhu [Edaran : Al-Hidayah Publishers]
Contoh hadis 2 : Dari Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah
Sekiranya hanya ditulis, ‘Nabi saw bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman’, tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan ‘sabar separuh dari iman’ itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;
Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."
c. Artikel atau Tulisan lainnya
c.1. Tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com / Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...’
Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firman-Nya;
Surah Asy-Syuura [42] : 51
51. Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.
Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah saw) mengatakan bermimpi mendengar tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.
c.2. Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.
Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).
Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. (Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf )
Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.
3. Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama
Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)
Surah An-Nuur [12] : 24
12. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti).
Surah An-Nuur [24] : 15
15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.
Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam Al-Quran dan hadis;
Surah An-Nuur [24] : 15
15. ......kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
Hadis : Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082] Sahih Muslim
Surah Al-Qalam [68] : 10-13
10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa,
13. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya).
PENUTUP
Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).
Surah Faathir [35] : 38
38. Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.
Surah Ali 'Imran [3] : 104
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Rujukan :
Al-Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas
Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir
Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]
The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A’zami]
Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf Al-Qaradawi]

Hadis Palsu


Pengenalan
Hadis mawdu’ atau hadis palsu adalah;
1. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta.
2. Perkhabaran yang direka-reka dengan menyandarkan ia pada Nabi saw, sahabat atau tabi’in dengan pembohongan atas sebab muslihat tertentu.
3. Hadis yang direka lalu disandarkan kepada Nabi saw sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Kelahiran Hadis Palsu
Mereka yang mula-mula melibatkan diri dalam mencipta hadis palsu adalah golongan syiah. Ia berkaitan dengan keadaan politik ketika itu. Antara faktor utama kelahiran hadis palsu adalah;
1. Pertelingkahan politik terutamanya antara pengikut Muawiyah r.a dan Ali r.a.
2. Golongan yang membenci Islam baik secara individu, perkumpulan mahupun pemimpin yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam ketika tersebarnya Islam ke serata dunia. Mereka mencipta hadis palsu yang memesongkan akidah dan menimbulkan kekacauan.
3. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Mereka mencipta hadis palsu terutamanya dalam bab fiqah dan ilmu kalam (falsafah).
Antara Cara Mengenali Hadis Palsu
Di antara strategi paling besar musuh Islam untuk meremehkan, mencela serta menghapuskan Islam dan penganutnya adalah dengan cara membuat hadis palsu. Pemalsuan hadis berlaku kepada semua bab dalam Islam samada dalam bab akidah, ibadah, hukum dan sebagainya.
Berbagai-bagai jenis hadis palsu yang direka kerana para musuh Islam ini tahu hadis itu sebahagian dari sumber agama Islam. Mereka menyerang hadis kerana mereka tidak mampu memalsukan Al-Quran. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa hadis juga termasuk dalam pemeliharaan Allah Ta’ala.
Berikut adalah beberapa hadis yang mudah kita kenali kepalsuannya dan ada pula memerlukan perhatian khusus samada dari segi sanad mahupun matannya. Antara contoh kepalsuan yang memerlukan perhatian dari segi sanad;
Contoh satu :
Dari Ibnu Abas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu berserban nescaya bertambah kesopanan kamu.” HADIS PALSU [002 – Bab Pakaian] Himpunan Hadis Daif dan Palsu
Bukan mudah untuk mengetahui perihal sanad ini tetapi kita boleh melihat pembukuan yang telah dilakukan oleh ulama hadis (zaman kita ini telah menjadi mudah kerana telah dihimpun dan dibukukan). Antara yang mengatakan hadis tersebut palsu adalah Imam Ibnul Jauzy dan Imam Ahmad yang mengatakan perawinya Sa’id bin Salam dan Ubaidullah adalah berpenyakit (pembohong dan suka mereka-reka hadis).
Contoh dua :
“Barangsiapa yang taklid (mengikuti membuta tuli) seorang alim maka dia bertemu dengan Allah dengan selamat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [009] Hadis Lemah dan Palsu
Hadis di atas langsung tidak mempunyai sanad. Ertinya ia hanya percakapan kosong orang-orang jahil sahaja.
Contoh tiga :
Antara contoh kepalsuan dari segi matan yang kononnya Nabi saw bersabda;
“Bahawasanya Allah mengadu sakit matanya, maka para malaikat pun melawat-Nya.”
“Nabi itu umpama nasi.”
“Tempat yang paling disukai syaitan adalah panggung wayang.”
Kesemua hadis di atas (contoh tiga) sangat mudah kita mengenalinya kerana ia langsung tidak masuk akal, menyalahi Al-Quran dan hadis sahih lainnya, maksud yang lucu, bahasa yang lemah dan sebagainya.
Hanya orang yang kurang akal sahaja yang mempercayainya. Tetapi berbeza dengan hadis yang memerlukan perhatian sanad, kadangkala matannya sahih tapi sanadnya tidak. Apa yang penting adalah sanadnya.
Antara Tujuan Pemalsuan Hadis
Selain dari mencetuskan huru-hara dalam Islam, mereka yang membuat hadis palsu ini juga adalah kerana;
1. Fanatik – Taksub dengan mazhab masing-masing, fanatik bangsa, semangat kenegerian dan seumpamanya.
2. Mencari rezeki dan kekayaan – Inginkan nama, pangkat, melariskan jualan dan sebagainya.
3. Mendampingi (membodek) pemerintah – Mengampu pemerintah kerana inginkan pangkat dan sebagainya.
4. Pencerita – Supaya dapat menjadi terkenal. Kadangkala diciptanya hadis petua ini dan itu lalu disandarkan pada Nabi saw agar dapat menarik perhatian orang ramai agar orang mengenalinya sebagai orang yang berilmu.
5. Salah faham dan jahil dalam agama – Perkara ini adalah yang paling merbahaya kepada masyarakat Islam kerana biasanya orang-orang ini berpakaian seperti ulama tetapi akalnya singkat kerana jahil. Mereka menyangka membuat hadis palsu demi kebaikan umat Islam dibolehkan. Ini adalah perkara yang sangat buruk. Antaranya mereka mengatakan;
“Perselisihan umatku adalah rahmat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [001] Hadis Lemah dan Palsu
Apakah kesan hadis ini? Hadis ini membuatkan umat Islam akan lebih lemah dan keilmuan hadis akan semakin hilang. Selain itu umat Islam akan menyangka perbalahan dalam Islam adalah perkara yang dibenarkan dan mengambil mudah perkara ini yang akhirnya akan menjadi barah dalam masyarakat.
Tidakkah mereka perhatikan di dalam Al-Quran, dimana Allah Ta’ala melarang umat Islam saling berbantah-bantahan yang boleh menyebabkan mereka menjadi pengecut, lemah dan hilang kekuatan ? (Rujuk : Surah [8] Al-Anfaal : 46]


http://www.alquran-indonesia.com/images/alquran/s008/a046.png




Terjemahan : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
Selain itu terdapat juga mereka yang menafsirkan hadis mengikut hawa nafsu mereka sahaja tanpa memerhatikan sebab-sebab turunnya hadis, situasi, keadaan Nabi saw, pendapat para sahabat dan metod lainnya. Permasalahan di sini bukanlah pentauliahan, tetapi keikhlasan mencari dan menegakkan kebenaran.
Hukum Memalsukan Hadis dan Menyebarkannya
Para ulama secara ijmak mengatakan;
Hukum memalsukan atau membuat hadis palsu adalah haram dan bersedialah untuk mendapat tempat di neraka.
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Mengenai orang yang meriwayatkan atau menyebarkan hadis palsu;
a). Sekiranya dengan sengaja dan tahu hadis itu adalah palsu, maka haram hukumnya malah menjadi kufur kerana menambah-nambah sesuatu yang tidak disyariatkan dalam agama.
b). Sekiranya bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa kebahayaan hadis palsu ini maka beroleh pahala (insyaAllah).
c). Sekiranya orang yang meriwayatkan hadis palsu tetapi dia tidak tahu hadis itu palsu maka tiada kesalahan (insyaAllah). Tetapi sebaiknya, sebelum kita menyebarkan sesuatu hadis hendaklah kita pastikan dahulu kesahihannya terutama para pendakwah. Terdapat amaran dari Rasulullah saw mengenai hal ini. Antaranya;
i) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa mengatakan sesuatu atas namaku sedangkan aku tidak pernah mengatakannya maka hendaklak dia menempati tempat duduknya dalam neraka.” [0028] Sahih Ibnu Hibban
ii) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah dosa bagi seseorang apabila dia menceritakan semua apa yang didengarnya.” [0030] Sahih Ibnu Hibban
Maksudnya apabila menjumpai sesuatu hadis, janganlah kita terus mengambil dan menyebarkannya terutamanya hadis dari internet yang tidak menjelaskan status hadis dan sumbernya.
Termasuk juga dalam hal ini adalah apabila menghadiri kuliah-kuliah agama di mana sahaja. Apabila guru menceritakan sebuah hadis (tidak kira siapa guru itu), dengarlah dengan teliti, catat dan tanyalah status hadis tersebut (sahih atau tidak) dan dari riwayat siapa (Bukhari, Muslim dan sebagainya), sekiranya guru tersebut tidak menjelaskan status hadis yang disampaikannya.
Bersamalah kita menjaga sunnah Rasulullah saw dan semoga Allah Subhana wa Ta’ala meletakkan kita dalam golongan ahli sunnah, golongan yang selamat, golongan yang mengikuti Rasulullah saw di dunia dan akhirat.
Wallahu’alam
Rujukan :
Tafsir Ibn Katsir dan lainnya
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kesan Hadis Daif dan Mawdu’ Terhadap Akidah [Abdul Al-Rahman]
Himpunan Hadis Daif dan Mawdu’ [Abdul Ghani Azmi]
Pengajian Al-Sunnah [Dr. Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli bin Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain]
Hadis Daif : Ciri-Ciri dan Hukum [Ariffin Omar]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]
Dan lain-lain.

Berinteraksi Dengan Al-Hadis

Surah Al Baqarah [2] : [255]
.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmuAllah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)..
Antara Cara Berinteraksi Dengan Al-Hadis
Maksud berinteraksi dengan hadis ini adalah bagaimana cara kita berkomunikasi atau mengambil sesuatu hadis dan memahaminya (secara umum) sebelum beramal serta menyebarkannya.
1. Jangan membuat fatwa atau menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada orang lain kecuali jika kita memang berupaya dan berpengetahuan dalam Al-Quran, Jalur Periwayatan Hadis yang lain, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu yang lain seumpamanya.
Ini adalah bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal atau mengkafir dan mensesatkan (bidaah) orang sesuka hati.
2. Berfikirlah dengan adil, dengan pemahaman yang benar berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis (berdasarkan pemahaman para sahabat r.anhum dan para tabiin sebelum berijtihad) serta tidak melanggar hukum-hukum syariat. Contohnya;
Hadis : “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” (Sahih Muslim)
Seimbas dilihat seperti kita lebih tahu urusan dunia kita. Terdapat orang-orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan hadis ini dengan takwil bahawa kita boleh mencipta undang-undang sendiri, ekonomi sendiri berasaskan jalan yang haram dan pelbagai lagi tanpa perlu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah secara keseluruhan. Ini tidak benar, kerana dalam hadis yang penuh;
Hadis : Dari 'Aisyah dan dari Tsabit dari Anas r.a : Nabi saw pernah melalui suatu kaum yang sedang mengahwinkan (mengacukkan) pohon kurma lalu Beliau bersabda: "Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik."
Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rosak (hasilnya tidak menjadi). Hingga suatu saat Nabi saw melalui mereka lagi dan melihat hal itu, Beliau bertanya: “Ada apa dengan pohon kurma kalian?”
Mereka menjawab, ‘Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu (tidak perlu mengacukkan kurma)?’
Beliau lalu bersabda: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” [4358] Sahih Muslim
Maksudnya; hadis tersebut berkenaan pengacukkan kurma, bukannya hal-hal mengenai dasar-dasar pemerintahan, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Malah dalam riwayat yang lain, terdapat lafaz sambungannya;
Hadis : Dari 'Aisyah r.a berkata : ..... (Diringkaskan hadis seperti di atas, dan sambungannya) Nabi saw bersabda, "Jika sesuatu itu menyangkut urusan dunia kalian maka itu urusan kalian, tetapi jika menyangkut urusan agama kalian maka kembalikanlah kepadaku." [2462] Sahih Ibnu Majah
Ini bermakna kita tidak boleh membuat hukum-hukum atau undang-undang ciptaan sendiri dalam bab agama, tetapi boleh jika ia berkaitan dengan hal-hal keduniaan seperti sains pertanian, mencipta telefon, komputer, enjin, kapal terbang dan teknologi-teknologi moden yang lain asalkan tidak menyalahi dan membelakangi syariat.
3. Jangan mentakwil sesuatu hadis yang tidak jelas pada akal fikiran atau di luar bidang kemampuan, sebaliknya tanyalah kepada para ahli ilmu. Ia terbahagi kepada dua, iaitu;
(a). Mukhtalaf al-hadith, iaitu dua hadis yang maqbul, tetapi bercanggah antara satu sama lain, contohnya;
Hadis : Dari Anas bin Malik r.a :Nabi saw melarang minum sambil berdiri.” [3771] Sahih Bukhari
Dalam hadis yang lain pula;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a ia berkata : "Pada masa Rasulullah saw kami (para sahabat) pernah minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan." [4535] Sahih Riwayat Ahmad
Mengenai hal ini, ulama lebih mengutamakan menggabungkan kedua-duanya dari melakukan pentarjihan (menolak salah satu). Perkara ini sangat penting kerana berapa ramai orang sekarang terlalu mudah menjatuhkan hukum sesat dan bidaah antara satu sama lain.
(b). Mushkil al-hadith, iaitu hadis yang diragui makna zahirnya kerana bertentangan dengan akal, contohnya;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin itu makan dengan satu usus (perut), sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).” [4974] Sahih Bukhari
Semua orang mengetahui dengan jelas, iaitu tidak kira orang kafir atau mukmin hanya mempunyai satu perut. Hadis ini adalah sahih dan jangan pula kita menolaknya dan anda boleh lihat di sini mengenai penerangannya (http://hafizfirdaus.com/content/view/319/78/).
Perkara ini sangat penting kerana ramai orang yang menolak hadis atas alasan bertentangan dengan ilmu pengetahuan, jumud dan sebagainya. Ini hanyalah salah satu kaedah sahaja dan banyak lagi kaedah lain seperti ilmu nasikh al-hadith, ilmu gharib al-hadith, ilmu asbab wurud al-hadith dan sebagainya.
5. Jangan mengejek-ngejek hadis atau orang yang mengamalkan hadis walaupun dengan bergurau. Mengejek orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw sama seperti mengejek hadis Nabi saw; mengejek hadis Nabi saw sama dengan menghina Nabi saw; menghina Nabi saw sama dengan mempertikai Allah Subhana wa Ta’ala yang mengutus Rasul-Nya. Contohnya;
(a). Mengejek (walaupun secara bergurau) orang yang menyimpan janggut dan memanggil mereka sebagai ‘terrorist’, taliban, janggut kambing dan lain-lain yang seumpamanya.
(b). Mengejek orang yang berdakwah dengan mencaci mereka seperti perkataan ‘macam bagus’, alim kucing, ‘poyo’ dan sebagainya.
(c). Melemahkan semangat orang-orang yang berjuang menegakkan Islam dengan alasan ‘kita tidak mampu berbuat apa-apa’ atau ‘mustahil kita dapat menegakkan sistem khilafah zaman ini’. Ini adalah perkataan orang munafik.
(d). Jangan mencaci maki para ulama kerana ulama adalah pewaris para Nabi. Berdasarkan hadis (yang diringkaskan);
Hadis : Dari Uwaimir bin Malik (Abu Darda’) r.a : Rasulullah saw bersabda, “.....Para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu.....” [3157] Sahih Abu Daud
Perkara ini dilakukan oleh kebanyakan orang masakini, malah orang yang mencaci para ulama ini bukan sahaja tidak mengetahui tentang hadis; menjawab salam dengan betul pun tidak tahu. Firman Allah Subhana wa Ta’ala;
Surah At Taubah [9] : 65
65. .....Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" .......
66. Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.
( Maksudnya : Kecuali mereka yang bertaubat kerana hal itu, tetapi orang yang mempermainkan taubatnya; iaitu setelah bertaubat mereka tetap memperolok-olokkan lagi, mereka tetap akan diazab kerana tabiat mereka yang suka mengejek Nabi saw dan melemahkan semangat orang Islam – kesimpulan dari Tafsir Ibn Katsir).

Antara Cara Beramal Dengan Al-Sunnah dan Mengambil Pelajaran Darinya


Bagi memudahkan cara memahami hadis, ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian;
(a). Hadis yang mudah difahami
Maksudnya hadis yang apabila dilihat dari sudut zahirnya saja kita sudah boleh memahaminya. Contohnya;
Hadis tentang akhlak : Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033) Sahih Muslim
Hadis bersolat : Dari Aisyah r.ha : Bahawa Nabi saw setelah salam (selesai solat), Nabi saw mengucapkan ‘Allaahumma antassalaam, wa mingkassalaam, tabaarokta yaa dzal jalaali wal ikraam.’ (Wahai Allah, Engkaulah keselamatan, daripada-Mu kesejahteraan dan Maha Besar kebaikan-Mu, wahai Allah yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan). Abu Daud berkata, ‘Sufyan mendengar dari Amr bin Murrah.” Kata mereka, “(Ia mendengar) lapan belas hadis.” [Hadis 1512] Sahih Abu Daud
Hadis tentang zikir : Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Dua kalimat yang amat dikasihi (disukai oleh) Tuhan yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya), iaitu; ‘Subhaanallahi wabihamdihi , Subhaanallahil ‘azhim’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya/kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah dengan keagungan-Nya).” [2028] Sahih Bukhari
Hadis penakwilan secara zahir ini adalah yang paling banyak dalam kitab-kitab hadis. Beramal dengan hadis ini lebih diutamakan.
Kadangkala terdapat beberapa hadis yang walaupun dilihat seperti boleh memahaminya dengan mudah, tetapi agak bertentangan dengan akal, contohnya;
Hadis yang memerlukan tafsiran hadis lain : Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa menjulurkan kain sarungnya hingga dibawah mata kaki, maka tempatnya adalah neraka.” [5341] Sahih Bukhari
Mengapa pakaian yang melebihi mata kaki (buku lali) boleh menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka dan apa kaitannya dengan agama? Seolah-olah Nabi saw melarang seseorang melabuhkan pakaiannya. Bagaimana pula dengan wanita yang perlu menutup aurat?
Jika berjumpa hadis seperti ini, hendaklah kita melihat tafsirannya melalui hadis-hadis yang lain kerana para sahabat r.anhum lebih mengetahui mengenai apa yang dimaksudkan oleh Nabi saw. Zaman kita ini telah menyaksikan pembukuan hadis yang telah disusun mengikut bab-babnya atau menyatukan jalan periwayatannya dan memudahkan kita untuk mencari hadis-hadis yang bersangkutan mengenainya.
Namun sekiranya tidak mampu, maka bertanyalah kepada ahli ilmu. Bukan bertanya pada seorang sahaja, tanyalah kepada beberapa orang supaya kita tidak taksub mengenainya. Antara contoh hadis mengenai apa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah;

Hadis : Dari ‘Abdullah ibn Umar : Nabi saw bersabda, “Seseorang yang menyeret (labuh) pakaiannya kerana kesombongan tidak akan dilihat oleh Allah pada Hari Kebangkitan.” [009] Hadis sahih dari Imam Malik dalam Al-Muwattho’
Dalam hadis yang lain;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a : Nabi saw beliau bersabda, “Siapa yang menjulurkan pakaiannya (hingga ke bawah mata kaki) dengan sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari Kiamat kelak.”
Lalu Abu Bakar r.a berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu dari sarungku terkadang turun sendiri, kecuali jika aku selalu menjaganya?” Lalu Nabi saw bersabda, “Engkau bukan termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” [5338] Sahih Bukhari
Jadi apa yang dimaksudkan adalah; jika memakai satu pakaian kerana sombonglah yang akan menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke neraka. Andaikata kita memakai sarung walaupun di atas mata kaki tetapi di hati kita ingin mempamerkan logo sarung tersebut (gajah duduk, emirates) kerana menunjukkan mahalnya kain tersebut, maka tempatnya adalah neraka kerana sombong.
Jadi apabila anda memakai apa sahaja pakaian, niatkanlah ‘ini adalah pakaian untuk menutup aurat’ maka kita tetap tergolong dalam orang yang mentaati Allah dan mengikut sunnah Rasul-Nya. Berdasarkan sebuah hadis;
Hadis : Dari Abu Umamah r.a dia mendengar Umar Bin Khaththab r.a berkata : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memiliki pakaian baru kemudian mengenakannya dan ketika sampai di tengkuknya dia membaca;
'Alhamdulillaahil ladzii kasaanii maa uwaarii bihi 'aurotii wa atajammalu bihii fi hayaatii (Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dapat menutup auratku dan dapat berhias dengannya dalam hidupku)’,
kemudian dia berniat dengan pakaian yang sudah usang atau yang sudah tidak dikenakan untuk diinfaqkan, maka dia berada dalam jaminan Allah Ta'ala dan berada di sisi Allah serta berada dalam lindungan Allah baik hidup mahupun mati, baik hidup mahupun mati dan baik hidup mahupun mati.” [288] Sahih Riwayat Ahmad
(b). Hadis yang pertengahan
Maksudnya hadis yang memerlukan perhatian khusus atau takwilan mengenainya. Contohnya;
Hadis kiasan : Dari 'Aisyah r.anha : Sebahagian isteri-isteri Nabi saw berkata kepada Nabi saw : "Siapakan diantara kami yang segera menyusul anda (setelah kematian)?". Beliau bersabda: "Siapa yang paling panjang lengannya diantara kalian". [1331] Sahih Bukhari
‘Panjang lengan atau tangan’ itu bermaksud orang yang paling banyak bersedekah bukan orang lebih panjang tangannya secara zahir. Para isteri Nabi saw juga salah faham mengenainya (pada mulanya sahaja) sehingga mereka mengukur tangan masing-masing untuk melihat tangan siapa yang lebih panjang.
Di dalam bahasa melayu panjang tangan bermaksud suka mencuri, tetapi dalam bahasa arab panjang tangan bermaksud orang yang paling suka dan banyak bersedekah. Jadi tidak boleh kita menafsir mengikut bahasa lain kecuali mengikut maksud bahasa yang diturunkan pada waktu itu.
Hadis pengkajian : Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Terapi pengubatan itu ada tiga cara, iaitu; berbekam, minum madu dan kay (menempelkan besi panas pada tempat yang terluka), sedangkan aku melarang umat ku berubat dengan kay.” [5249] Sahih Bukhari
Bukan sahaja berbekam dan madu sahaja malah bercelak, lada hitam dan sebagainya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi, bukan itu satu-satunya cara dalam pengubatan, apa yang Nabi saw ingin sampaikan, hakikatnya adalah supaya kita berusaha mencari penawar apabila sakit dan yang paling utama adalah penjagaan kesihatan. Tiada salahnya dengan memakan vitamin dan sebagainya.
Hadis yang boleh dipelbagaikan : Dari Aisyah r.anha : Rasulullah saw bersabda, “Siwak itu dapat membersihkan mulut dan dapat mendatangkan keredhaan Allah AzzaWaJalla.” [23196] Sahih Riwayat Ahmad
Tidak semestinya menggunakan sugi untuk memberus gigi, boleh juga menggunakan berus dan ubat gigi kerana tujuan asalnya adalah agar dapat membersihkan mulut dan gigi. Sekiranya tiada sugi atau berus gigi misalannya, gunakanlah jari.
Perlu diingat, secara asasnya kita perlu melihat kepada zahir hadis terlebih dahulu sebelum mentakwil sesuatu hadis. Untuk mentakwil sesuatu hadis, ia perlu kepada alasan yang kuat dan kukuh dan perlu melihat kepada keperluannya samada hadis itu satu kiasan, memerlukan pengkajian dan samada ianya boleh dipelbagaikan.
Bab ini adalah antara yang paling rumit, tetapi tidaklah mustahil untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk membuktikan kehebatan hadis Nabi saw yang bersesuaian sepanjang zaman dari seluruh aspek. Selain itu ia juga menunjukkan fleksibiliti hadis yang memudahkan sesiapa sahaja untuk mengamalkannya.
(c). Hadis yang wajib beriman tetapi tidak boleh ditakwil
Ia melibatkan hadis-hadis mengenai alam ghaib (tidak dapat dilihat dengan mata). Contohnya;
Hadis sifat Allah Ta’ala : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Rabb Tabaaraka wa Ta'ala kita turun di setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman: "Siapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku penuhi dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni”. [1077] Sahih Bukhari
Hadis siksa kubur : Dari Aisyah r.anha : Dia bertanya kepada Rasulullah saw perihal siksa kubur, maka Beliau (saw) menjawab: "Ya benar, siksa kubur itu ada". Kemudian 'Aisyah r.anha berkata : "Maka sejak itu aku tidak (pernah) melihat Rasulullah saw setelah melaksanakan solat kecuali Beliau memohon perlindungan dari siksa kubur.” [1283] Sahih Bukhari
Hadis tentang malaikat : Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Jika Allah memutuskan suatu keputusan di langit, maka malaikat akan mengepak-ngepakkan sayapnya kerana tunduk kepada titah-Nya, seolah-olah kepakan sayapnya seperti rantai di atas batu licin.” [6927] Sahih Bukhari
Banyak lagi hadis-hadis yang mengenai perkara ghaib ini seperti hadis para Malaikat, Jin, Syaitan, Arasy, alam barzakh, hari akhirat dan sebagainya. Umumnya hadis mengenai perkara-perkara ghaib ini jangan ditakwil kerana tiada sesiapun mengetahui akan perkara ghaib. Namun beriman kepadanya adalah wajib.
(d). Belum sampai ilmu pengetahuan
Terdapat juga beberapa hadis yang kita tidak mampu mengungkapkannya dengan akal kerana akal kita atau ilmu pengetahuan kita masih belum mencapai tahapnya. Selalunya hadis ini berkaitan dengan kejadian masa depan, fizik dan sebagainya. Namun beriman dengannya adalah wajib. Contohnya;
Hadis masa depan : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga matahari terbit dari sebelah barat.” [4270] Sahih Bukhari
Tiada seorang pun yang dapat tahu bagaimana keadaan bumi dan planet-planet di sekitarnya apabila matahari terbit dari barat atau menerangkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Walaupun terdapat beberapa gambaran dan penjelasan mengenainya, namun janganlah terlalu taksub atau berpegang dengannya.
Ini kerana, jika sains tersebut salah maka orang akan menyalahkan hadis Nabi saw. Sebenarnya kajian sains merekalah yang salah bukan hadis yang merupakan wahyu dari Allah Subhana wa Ta’ala yang mempunyai kekurangan.
Firman Allah Subhana wa Ta’ala;
Surah Ali 'Imran [3] : 164
164. Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Rujukan :
Tafsir Ibn Katsir
Berinteraksi Dengan Al-Sunnah [Dr. Yusuf Al-Qaradhawi]
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kaedah Memahami al-Hadith [A/Prof Fauzi Deraman]
Ilmu Usul al-Fiqh [Syaikh Muhammad Shalih al-Utsaimin]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli Mokhtar]
Sejarah Hadis [M Hasbi Ash Shidieqy]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]
Iman Kepada Allah [Dr. Sulaiman al-Asyqar]

Tokoh Hadis Nusantara


Muhammad Yassin Isa al-Fadani
1916 – 1990 M/1335 – 1410 H

Dalam dekad 50 an yang lalu, Halaqat Hadith Syeikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani dibanjiri ramai penuntut dari dalam dan luar Makkah. Penuntut-penuntut dari Malaysia atau disebut Tanah Melayu pada ketika itu tidak ketinggalan untuk turut bersaing dalam halaqat ini kerana mendapatkan Isnad Hadith yang tinggi dan istimewa menerusi Syaikh al-Hadith Muhammad Yasin Isa al-Fadani.

Pengajian Isnad hadith merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu dalam pengajian ini dan satu-satunya kelebihan ulama Islam, mereka dapat membuktikan setiap hadith yang mereka baca dan sampaikan kepada murid-murid mereka dengan silsilah sanad yang berhubung hingga sampai kepada Rasulullah saw. Melalui para rawi yang thiqat dan mempunya keahlian yang cukup tinggi dan wibawa. Semoga Allah merahmati Abdullah ibn al-Mubarak dengan konotasinya yang cukup bermakna dalam pengajian ini, katanya:

الإسَْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ، لَوْلا الإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ[1]

Terjemahan: Isnad sebahagian daripada agama, tanpa isnad, orang bebas bercakap sesuka hatinya.

Yahya ibn Ma`in pernah ditanya ketika sakitnya yang mengakhiri hayatnya: Apakah sesuatu yang anda suka pada saat ini. Dia menjawab:

بَيتٌ خَالِي وَاِسْنَادٌ عَالِي [2]

Terjemahan: Saya sukakan rumah yang tenang, dan isnad yang tinggi.

Tokoh yang sedang diperkatakan di sini ialah seorang ulama insaiklopedik Nusantara. Beliau mempunyai kepakaran kelas pertama dalam bidang-bidang Hadith, Usul al-Hadith, Usul Tafsir, Fiqh, Usul al-Fiqh dan ilmu Falak. Nama penuh beliau ialah `Alam al-Din Abu al-Fayd, Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani. Beliau di lahirkan di al-Masfalah, Makkah al-Mukarramah pada tahun 1335 H/ 1016 M. Dibesar dan diwafatkan di Makkah pada 28 Zul Hijjah 1410 H/ 21 Julai, 1990 M. Jenazahnya dikebumikan di perkuburan al-Mu`allaht.

Riwayat hidup al-Fadani yang cuba dipaparkan kali ini, bukan seorang tokoh ulama tempatan yang biasa diperkenalkan melalui Akhbar dan Majalah, bukan seorang Tuan Guru yang membuka pondok, lalu namanya terukir bersama nama Kampung dan madrasahnya. Tetapi beliau ialah seorang ulama Hadith yang namanya standing dengan nama-nama seperti Abu al-Tayyib Shams al-Din al-`Azim Abadi, Pengarang kitab `Awn al-Ma`bud dan Sheikh Muhammad Khalil al-Saharanfuri, Pengarang kitab Badhl al-Majhud. Kedua-duanya merupakan syarah kitab Sunan Abu Dawud yang tidak asing kepada guru-guru, para pelajar dan seluruh pencinta ilmu yang membawa banyak barakah dalam bidang ini.

Tokoh yang terkenal dengan keluasannya dalam bidang Hadis ini, terutama dalam pengkhususan isnad dan Musalsalat diberi julukan Nusnid al-`Asr (Penyimpan sanad pada zaman ini). Menurut Dr Yahya al-Ghwthani al-Fadani memperolehi isnad Hadis daripada lebih 700 sheikh, satu julmah yang memang sukar ditandingi. Kewafatan beliau menjadikan jarak sanad Hadis melalui jalan beliau lebih jauh satu darjah dengan Rasulullah saw berbanding sebelumnya. Justeru, tidak terkejut jika Syeikh al-Fadani pada masa hayatnya selalu diburu oleh pencinta sanad Hadis untuk mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi. Menurut pengajian ini, semakin kurang jumlah periwayat dalam isnad semakin tinggi nilai kesahihan sesebuah Hadis dan semakin akrab pula dengan Rasulullah saw.

Sejarah mencatatkan ilmuwan Hadis pernah merantau berbulan-bulan lamanya demi mendapatkan hanya satu Hadis menerusi sanadnya yang tingi dan dipercayai ada di negeri-negeri tertentu, mereka sedia membenjakan peruntukan yang besar, kadang-kadang hanya untuk mendapatkan satu Hadis daripada seorang syheikh yang berusia.

Zaman ini merupakan zaman yang paling malang bagi pengajian isnad Hadis, terutama di Malaysia kerana hampir tiada lagi peminat yang memberi perhatian kepada jalan-jalan sanad dan riwayat Hadis dalam sesebuah negeri. Pengajian Hadis yang ada pada hari ini, tidak lebih dari hanya untuk mendapat keberkatan, bukan lagi sebagai sandaran ilmiah yang memerlukan kajian dari segi kekuatan dan kelemahan riwayat. Justeru, tidak hairan jika ramai para cendikiawan tersasul apabila bercakap tentang agama, bahkan ada yang berhujah dengan Hadis Mawdu` dengan alasan itu pun Hadis juga. Berkata al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi

الرِّجَالُ أرْبَعَةٌ : رَجُلٌ يَدْرِيْ ويَدْرِيْ أنَّهُ يَدْرِي فَذَلِكَ الْعَالِمُ فَاتَّبِعُوهُ؛ وَرَجُلٌ يَدْرِيْ وَلا يَدْرِي أنَّهُ يَدْرِي، فَذَلِكَ نَاسٌ فَذَكِّرُوهُ ؛ وَرَجُلٌ لا يَدْرِي ، و يَدْرِي أنَّه لا يَدْرِي ، فَذَلِكَ مُسْتَرْشِدٌ فَاَرْشِدُوهُ ؛ ورَجُلٌ لا يَدْرِيْ ولا يَدْرِي أنَّه لا يَدْرِي ، فَذَلِكَ جَاهِلٌ فَارْفُضُوهُ .

Terjemahan: Manusia terbahagi kepada empat golongan: Orang mengetahui, dia mengetahui bahawa dia mengetahui, orang itu alim, sila ikuti bimbingannya; orang mengetahui, dia tidak mengetahui bahawa dia mengetahui, orang itu lalai, peringatkan dia; orang yang tidak mengetahui, dia mengetahui bahawa dia tidak mengetahui, orang itu sedang mencari pembimbing, sila bimbinglah dia; orang yang tidak mengetahui, dia tidak mengetahui bahawa dia tidak mengetahui, orang itu jahil maka tinggalkan dia.

Pendidikan al-Fadani
Al-Fadani mendapat pendidikan awal daripada bapanya Syeikh Muhammad Isa dan bapa saudaranya Syeikh Mahmud, pada beliau al-Fadani belajar al-Qur`an al-Karim. Dalam usia yang sangat awal, beliau menghafaz matan bagi ilmu-ilmu Islam, kemudian beliau menyambung palajarannya di sekolah al-Saulatiyyah dan tamat pada tahun 1353 H., seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Darul Ulum dan daripada beberapa ulama yang mengajar di Masjid al-Haram.Beliau mempunyai bilangan guru lebih dari 700 orang, antara mereka ialah bapanya Muhammad Isa dan Syeikh Mahmud, Syeikh Muhammad al-Samluti, Syeikh Muhammad Bakhit bin Udaq al-Fadani, syeikh Muhammad bin Mahmud al-Dumi, Syeikh Muhammad Anwar Shah al-Kashmiri, Muhammad Ali bin Husain al-Maliki, Syeikh Muhammad al-`Arabi al-Tabbani, Syeikh Muhsin Musawi al-Muti`i, Syeikh Umr Hamadan al-Mahrusi, Syeikh Muhammad Nur Sayf, Syeikh Ibrahim al-Fatani, Syeikh Amin Kutubi al-Husni, Syeikh al-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, Syeikh Muhammad Hasanayn Makhluf dan ramai lagi semoga Allah merahmati mereka.
Meskipun al-Fadani menghabiskan seluruh usianya di Makkah, tanah tumpah darah keluarganya Padang, Indonesia, namun beliau bukan milik mana-mana negeri, beliau milik seluruh umat Islam di dunia tanpa sempadan, Jika ditinjau dari segi bilangan murid yang menjadi anak didik al-Fadani, mungkin seluruh ulama Malaysia yang pernah belajar di Tanah suci Makkah dalam tempoh setengah abad yang lalu adalah mrid dan anak-anak didik beliau.
Anak-anak didik al-Fadani memang wajar berbangga dengan al-Fadani sebagai guru mereka. Jika ulama silam sering diberi gelaran oleh murid-murid mereka dengan gelaran-gelaran seperti al-Allamah, al-Hibr, al-Bahr, al-Fahhamah (sangat alim, sangat luas pengetahuan, ilmunya melaut dan mendalam kefahamannya), maka al-Fadani adalah antara ulama yang layak mendapat gelaran-gelaran itu.
Sepanjang pengetahuan penulis, al-Fadani mempunyai murid yang cukup ramai di seluruh dunia. Antara mereka yang masih menyumbang khidmat mereka ialah Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakr, Pengetua Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dan Tokoh Ma`al Hijrah tahun 1428 Hijrah. Selain beliau tidak dapat dipastikan ada dan masih hidup.
Karya-karya Syeikh Yasin
Al-Fadani termasuk dalam golongan ulama yang mempunyai hasil penerbitan yang begitu banyak, ada yang berjilid-jilid besar dan ada yang berupa risalah, kira-kira lebih dari seratus judul, antara judul karangan beliau ialah:
إتحاف الإخوان باختصار مطمح الوجدان من أسانيد الشيخ عمر حمدان
إتحاف أولي الهمم العلية بالكلام على

KOD RAHSIA TELEFON PINTAR ANDROID ANDA

Assalamualaikum sumer, laani rata2 org kite ngok da mule gne telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android , xkira iphone ke nokia ...