Thursday, 3 November 2011

Hadis Palsu


Pengenalan
Hadis mawdu’ atau hadis palsu adalah;
1. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta.
2. Perkhabaran yang direka-reka dengan menyandarkan ia pada Nabi saw, sahabat atau tabi’in dengan pembohongan atas sebab muslihat tertentu.
3. Hadis yang direka lalu disandarkan kepada Nabi saw sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Kelahiran Hadis Palsu
Mereka yang mula-mula melibatkan diri dalam mencipta hadis palsu adalah golongan syiah. Ia berkaitan dengan keadaan politik ketika itu. Antara faktor utama kelahiran hadis palsu adalah;
1. Pertelingkahan politik terutamanya antara pengikut Muawiyah r.a dan Ali r.a.
2. Golongan yang membenci Islam baik secara individu, perkumpulan mahupun pemimpin yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam ketika tersebarnya Islam ke serata dunia. Mereka mencipta hadis palsu yang memesongkan akidah dan menimbulkan kekacauan.
3. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Mereka mencipta hadis palsu terutamanya dalam bab fiqah dan ilmu kalam (falsafah).
Antara Cara Mengenali Hadis Palsu
Di antara strategi paling besar musuh Islam untuk meremehkan, mencela serta menghapuskan Islam dan penganutnya adalah dengan cara membuat hadis palsu. Pemalsuan hadis berlaku kepada semua bab dalam Islam samada dalam bab akidah, ibadah, hukum dan sebagainya.
Berbagai-bagai jenis hadis palsu yang direka kerana para musuh Islam ini tahu hadis itu sebahagian dari sumber agama Islam. Mereka menyerang hadis kerana mereka tidak mampu memalsukan Al-Quran. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa hadis juga termasuk dalam pemeliharaan Allah Ta’ala.
Berikut adalah beberapa hadis yang mudah kita kenali kepalsuannya dan ada pula memerlukan perhatian khusus samada dari segi sanad mahupun matannya. Antara contoh kepalsuan yang memerlukan perhatian dari segi sanad;
Contoh satu :
Dari Ibnu Abas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu berserban nescaya bertambah kesopanan kamu.” HADIS PALSU [002 – Bab Pakaian] Himpunan Hadis Daif dan Palsu
Bukan mudah untuk mengetahui perihal sanad ini tetapi kita boleh melihat pembukuan yang telah dilakukan oleh ulama hadis (zaman kita ini telah menjadi mudah kerana telah dihimpun dan dibukukan). Antara yang mengatakan hadis tersebut palsu adalah Imam Ibnul Jauzy dan Imam Ahmad yang mengatakan perawinya Sa’id bin Salam dan Ubaidullah adalah berpenyakit (pembohong dan suka mereka-reka hadis).
Contoh dua :
“Barangsiapa yang taklid (mengikuti membuta tuli) seorang alim maka dia bertemu dengan Allah dengan selamat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [009] Hadis Lemah dan Palsu
Hadis di atas langsung tidak mempunyai sanad. Ertinya ia hanya percakapan kosong orang-orang jahil sahaja.
Contoh tiga :
Antara contoh kepalsuan dari segi matan yang kononnya Nabi saw bersabda;
“Bahawasanya Allah mengadu sakit matanya, maka para malaikat pun melawat-Nya.”
“Nabi itu umpama nasi.”
“Tempat yang paling disukai syaitan adalah panggung wayang.”
Kesemua hadis di atas (contoh tiga) sangat mudah kita mengenalinya kerana ia langsung tidak masuk akal, menyalahi Al-Quran dan hadis sahih lainnya, maksud yang lucu, bahasa yang lemah dan sebagainya.
Hanya orang yang kurang akal sahaja yang mempercayainya. Tetapi berbeza dengan hadis yang memerlukan perhatian sanad, kadangkala matannya sahih tapi sanadnya tidak. Apa yang penting adalah sanadnya.
Antara Tujuan Pemalsuan Hadis
Selain dari mencetuskan huru-hara dalam Islam, mereka yang membuat hadis palsu ini juga adalah kerana;
1. Fanatik – Taksub dengan mazhab masing-masing, fanatik bangsa, semangat kenegerian dan seumpamanya.
2. Mencari rezeki dan kekayaan – Inginkan nama, pangkat, melariskan jualan dan sebagainya.
3. Mendampingi (membodek) pemerintah – Mengampu pemerintah kerana inginkan pangkat dan sebagainya.
4. Pencerita – Supaya dapat menjadi terkenal. Kadangkala diciptanya hadis petua ini dan itu lalu disandarkan pada Nabi saw agar dapat menarik perhatian orang ramai agar orang mengenalinya sebagai orang yang berilmu.
5. Salah faham dan jahil dalam agama – Perkara ini adalah yang paling merbahaya kepada masyarakat Islam kerana biasanya orang-orang ini berpakaian seperti ulama tetapi akalnya singkat kerana jahil. Mereka menyangka membuat hadis palsu demi kebaikan umat Islam dibolehkan. Ini adalah perkara yang sangat buruk. Antaranya mereka mengatakan;
“Perselisihan umatku adalah rahmat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [001] Hadis Lemah dan Palsu
Apakah kesan hadis ini? Hadis ini membuatkan umat Islam akan lebih lemah dan keilmuan hadis akan semakin hilang. Selain itu umat Islam akan menyangka perbalahan dalam Islam adalah perkara yang dibenarkan dan mengambil mudah perkara ini yang akhirnya akan menjadi barah dalam masyarakat.
Tidakkah mereka perhatikan di dalam Al-Quran, dimana Allah Ta’ala melarang umat Islam saling berbantah-bantahan yang boleh menyebabkan mereka menjadi pengecut, lemah dan hilang kekuatan ? (Rujuk : Surah [8] Al-Anfaal : 46]


http://www.alquran-indonesia.com/images/alquran/s008/a046.png




Terjemahan : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
Selain itu terdapat juga mereka yang menafsirkan hadis mengikut hawa nafsu mereka sahaja tanpa memerhatikan sebab-sebab turunnya hadis, situasi, keadaan Nabi saw, pendapat para sahabat dan metod lainnya. Permasalahan di sini bukanlah pentauliahan, tetapi keikhlasan mencari dan menegakkan kebenaran.
Hukum Memalsukan Hadis dan Menyebarkannya
Para ulama secara ijmak mengatakan;
Hukum memalsukan atau membuat hadis palsu adalah haram dan bersedialah untuk mendapat tempat di neraka.
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Mengenai orang yang meriwayatkan atau menyebarkan hadis palsu;
a). Sekiranya dengan sengaja dan tahu hadis itu adalah palsu, maka haram hukumnya malah menjadi kufur kerana menambah-nambah sesuatu yang tidak disyariatkan dalam agama.
b). Sekiranya bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa kebahayaan hadis palsu ini maka beroleh pahala (insyaAllah).
c). Sekiranya orang yang meriwayatkan hadis palsu tetapi dia tidak tahu hadis itu palsu maka tiada kesalahan (insyaAllah). Tetapi sebaiknya, sebelum kita menyebarkan sesuatu hadis hendaklah kita pastikan dahulu kesahihannya terutama para pendakwah. Terdapat amaran dari Rasulullah saw mengenai hal ini. Antaranya;
i) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa mengatakan sesuatu atas namaku sedangkan aku tidak pernah mengatakannya maka hendaklak dia menempati tempat duduknya dalam neraka.” [0028] Sahih Ibnu Hibban
ii) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah dosa bagi seseorang apabila dia menceritakan semua apa yang didengarnya.” [0030] Sahih Ibnu Hibban
Maksudnya apabila menjumpai sesuatu hadis, janganlah kita terus mengambil dan menyebarkannya terutamanya hadis dari internet yang tidak menjelaskan status hadis dan sumbernya.
Termasuk juga dalam hal ini adalah apabila menghadiri kuliah-kuliah agama di mana sahaja. Apabila guru menceritakan sebuah hadis (tidak kira siapa guru itu), dengarlah dengan teliti, catat dan tanyalah status hadis tersebut (sahih atau tidak) dan dari riwayat siapa (Bukhari, Muslim dan sebagainya), sekiranya guru tersebut tidak menjelaskan status hadis yang disampaikannya.
Bersamalah kita menjaga sunnah Rasulullah saw dan semoga Allah Subhana wa Ta’ala meletakkan kita dalam golongan ahli sunnah, golongan yang selamat, golongan yang mengikuti Rasulullah saw di dunia dan akhirat.
Wallahu’alam
Rujukan :
Tafsir Ibn Katsir dan lainnya
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kesan Hadis Daif dan Mawdu’ Terhadap Akidah [Abdul Al-Rahman]
Himpunan Hadis Daif dan Mawdu’ [Abdul Ghani Azmi]
Pengajian Al-Sunnah [Dr. Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli bin Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain]
Hadis Daif : Ciri-Ciri dan Hukum [Ariffin Omar]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]
Dan lain-lain.

Berinteraksi Dengan Al-Hadis

Surah Al Baqarah [2] : [255]
.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmuAllah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)..
Antara Cara Berinteraksi Dengan Al-Hadis
Maksud berinteraksi dengan hadis ini adalah bagaimana cara kita berkomunikasi atau mengambil sesuatu hadis dan memahaminya (secara umum) sebelum beramal serta menyebarkannya.
1. Jangan membuat fatwa atau menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada orang lain kecuali jika kita memang berupaya dan berpengetahuan dalam Al-Quran, Jalur Periwayatan Hadis yang lain, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu yang lain seumpamanya.
Ini adalah bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal atau mengkafir dan mensesatkan (bidaah) orang sesuka hati.
2. Berfikirlah dengan adil, dengan pemahaman yang benar berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis (berdasarkan pemahaman para sahabat r.anhum dan para tabiin sebelum berijtihad) serta tidak melanggar hukum-hukum syariat. Contohnya;
Hadis : “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” (Sahih Muslim)
Seimbas dilihat seperti kita lebih tahu urusan dunia kita. Terdapat orang-orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan hadis ini dengan takwil bahawa kita boleh mencipta undang-undang sendiri, ekonomi sendiri berasaskan jalan yang haram dan pelbagai lagi tanpa perlu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah secara keseluruhan. Ini tidak benar, kerana dalam hadis yang penuh;
Hadis : Dari 'Aisyah dan dari Tsabit dari Anas r.a : Nabi saw pernah melalui suatu kaum yang sedang mengahwinkan (mengacukkan) pohon kurma lalu Beliau bersabda: "Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik."
Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rosak (hasilnya tidak menjadi). Hingga suatu saat Nabi saw melalui mereka lagi dan melihat hal itu, Beliau bertanya: “Ada apa dengan pohon kurma kalian?”
Mereka menjawab, ‘Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu (tidak perlu mengacukkan kurma)?’
Beliau lalu bersabda: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” [4358] Sahih Muslim
Maksudnya; hadis tersebut berkenaan pengacukkan kurma, bukannya hal-hal mengenai dasar-dasar pemerintahan, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Malah dalam riwayat yang lain, terdapat lafaz sambungannya;
Hadis : Dari 'Aisyah r.a berkata : ..... (Diringkaskan hadis seperti di atas, dan sambungannya) Nabi saw bersabda, "Jika sesuatu itu menyangkut urusan dunia kalian maka itu urusan kalian, tetapi jika menyangkut urusan agama kalian maka kembalikanlah kepadaku." [2462] Sahih Ibnu Majah
Ini bermakna kita tidak boleh membuat hukum-hukum atau undang-undang ciptaan sendiri dalam bab agama, tetapi boleh jika ia berkaitan dengan hal-hal keduniaan seperti sains pertanian, mencipta telefon, komputer, enjin, kapal terbang dan teknologi-teknologi moden yang lain asalkan tidak menyalahi dan membelakangi syariat.
3. Jangan mentakwil sesuatu hadis yang tidak jelas pada akal fikiran atau di luar bidang kemampuan, sebaliknya tanyalah kepada para ahli ilmu. Ia terbahagi kepada dua, iaitu;
(a). Mukhtalaf al-hadith, iaitu dua hadis yang maqbul, tetapi bercanggah antara satu sama lain, contohnya;
Hadis : Dari Anas bin Malik r.a : “Nabi saw melarang minum sambil berdiri.” [3771] Sahih Bukhari
Dalam hadis yang lain pula;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a ia berkata : "Pada masa Rasulullah saw kami (para sahabat) pernah minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan." [4535] Sahih Riwayat Ahmad
Mengenai hal ini, ulama lebih mengutamakan menggabungkan kedua-duanya dari melakukan pentarjihan (menolak salah satu). Perkara ini sangat penting kerana berapa ramai orang sekarang terlalu mudah menjatuhkan hukum sesat dan bidaah antara satu sama lain.
(b). Mushkil al-hadith, iaitu hadis yang diragui makna zahirnya kerana bertentangan dengan akal, contohnya;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin itu makan dengan satu usus (perut), sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).” [4974] Sahih Bukhari
Semua orang mengetahui dengan jelas, iaitu tidak kira orang kafir atau mukmin hanya mempunyai satu perut. Hadis ini adalah sahih dan jangan pula kita menolaknya dan anda boleh lihat di sini mengenai penerangannya (http://hafizfirdaus.com/content/view/319/78/).
Perkara ini sangat penting kerana ramai orang yang menolak hadis atas alasan bertentangan dengan ilmu pengetahuan, jumud dan sebagainya. Ini hanyalah salah satu kaedah sahaja dan banyak lagi kaedah lain seperti ilmu nasikh al-hadith, ilmu gharib al-hadith, ilmu asbab wurud al-hadith dan sebagainya.
5. Jangan mengejek-ngejek hadis atau orang yang mengamalkan hadis walaupun dengan bergurau. Mengejek orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw sama seperti mengejek hadis Nabi saw; mengejek hadis Nabi saw sama dengan menghina Nabi saw; menghina Nabi saw sama dengan mempertikai Allah Subhana wa Ta’ala yang mengutus Rasul-Nya. Contohnya;
(a). Mengejek (walaupun secara bergurau) orang yang menyimpan janggut dan memanggil mereka sebagai ‘terrorist’, taliban, janggut kambing dan lain-lain yang seumpamanya.
(b). Mengejek orang yang berdakwah dengan mencaci mereka seperti perkataan ‘macam bagus’, alim kucing, ‘poyo’ dan sebagainya.
(c). Melemahkan semangat orang-orang yang berjuang menegakkan Islam dengan alasan ‘kita tidak mampu berbuat apa-apa’ atau ‘mustahil kita dapat menegakkan sistem khilafah zaman ini’. Ini adalah perkataan orang munafik.
(d). Jangan mencaci maki para ulama kerana ulama adalah pewaris para Nabi. Berdasarkan hadis (yang diringkaskan);
Hadis : Dari Uwaimir bin Malik (Abu Darda’) r.a : Rasulullah saw bersabda, “.....Para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu.....” [3157] Sahih Abu Daud
Perkara ini dilakukan oleh kebanyakan orang masakini, malah orang yang mencaci para ulama ini bukan sahaja tidak mengetahui tentang hadis; menjawab salam dengan betul pun tidak tahu. Firman Allah Subhana wa Ta’ala;
Surah At Taubah [9] : 65
65. .....Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" .......
66. Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.
( Maksudnya : Kecuali mereka yang bertaubat kerana hal itu, tetapi orang yang mempermainkan taubatnya; iaitu setelah bertaubat mereka tetap memperolok-olokkan lagi, mereka tetap akan diazab kerana tabiat mereka yang suka mengejek Nabi saw dan melemahkan semangat orang Islam – kesimpulan dari Tafsir Ibn Katsir).

Antara Cara Beramal Dengan Al-Sunnah dan Mengambil Pelajaran Darinya


Bagi memudahkan cara memahami hadis, ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian;
(a). Hadis yang mudah difahami
Maksudnya hadis yang apabila dilihat dari sudut zahirnya saja kita sudah boleh memahaminya. Contohnya;
Hadis tentang akhlak : Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033) Sahih Muslim
Hadis bersolat : Dari Aisyah r.ha : Bahawa Nabi saw setelah salam (selesai solat), Nabi saw mengucapkan ‘Allaahumma antassalaam, wa mingkassalaam, tabaarokta yaa dzal jalaali wal ikraam.’ (Wahai Allah, Engkaulah keselamatan, daripada-Mu kesejahteraan dan Maha Besar kebaikan-Mu, wahai Allah yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan). Abu Daud berkata, ‘Sufyan mendengar dari Amr bin Murrah.” Kata mereka, “(Ia mendengar) lapan belas hadis.” [Hadis 1512] Sahih Abu Daud
Hadis tentang zikir : Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Dua kalimat yang amat dikasihi (disukai oleh) Tuhan yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya), iaitu; ‘Subhaanallahi wabihamdihi , Subhaanallahil ‘azhim’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya/kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah dengan keagungan-Nya).” [2028] Sahih Bukhari
Hadis penakwilan secara zahir ini adalah yang paling banyak dalam kitab-kitab hadis. Beramal dengan hadis ini lebih diutamakan.
Kadangkala terdapat beberapa hadis yang walaupun dilihat seperti boleh memahaminya dengan mudah, tetapi agak bertentangan dengan akal, contohnya;
Hadis yang memerlukan tafsiran hadis lain : Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa menjulurkan kain sarungnya hingga dibawah mata kaki, maka tempatnya adalah neraka.” [5341] Sahih Bukhari
Mengapa pakaian yang melebihi mata kaki (buku lali) boleh menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka dan apa kaitannya dengan agama? Seolah-olah Nabi saw melarang seseorang melabuhkan pakaiannya. Bagaimana pula dengan wanita yang perlu menutup aurat?
Jika berjumpa hadis seperti ini, hendaklah kita melihat tafsirannya melalui hadis-hadis yang lain kerana para sahabat r.anhum lebih mengetahui mengenai apa yang dimaksudkan oleh Nabi saw. Zaman kita ini telah menyaksikan pembukuan hadis yang telah disusun mengikut bab-babnya atau menyatukan jalan periwayatannya dan memudahkan kita untuk mencari hadis-hadis yang bersangkutan mengenainya.
Namun sekiranya tidak mampu, maka bertanyalah kepada ahli ilmu. Bukan bertanya pada seorang sahaja, tanyalah kepada beberapa orang supaya kita tidak taksub mengenainya. Antara contoh hadis mengenai apa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah;

Hadis : Dari ‘Abdullah ibn Umar : Nabi saw bersabda, “Seseorang yang menyeret (labuh) pakaiannya kerana kesombongan tidak akan dilihat oleh Allah pada Hari Kebangkitan.” [009] Hadis sahih dari Imam Malik dalam Al-Muwattho’
Dalam hadis yang lain;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a : Nabi saw beliau bersabda, “Siapa yang menjulurkan pakaiannya (hingga ke bawah mata kaki) dengan sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari Kiamat kelak.”
Lalu Abu Bakar r.a berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu dari sarungku terkadang turun sendiri, kecuali jika aku selalu menjaganya?” Lalu Nabi saw bersabda, “Engkau bukan termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” [5338] Sahih Bukhari
Jadi apa yang dimaksudkan adalah; jika memakai satu pakaian kerana sombonglah yang akan menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke neraka. Andaikata kita memakai sarung walaupun di atas mata kaki tetapi di hati kita ingin mempamerkan logo sarung tersebut (gajah duduk, emirates) kerana menunjukkan mahalnya kain tersebut, maka tempatnya adalah neraka kerana sombong.
Jadi apabila anda memakai apa sahaja pakaian, niatkanlah ‘ini adalah pakaian untuk menutup aurat’ maka kita tetap tergolong dalam orang yang mentaati Allah dan mengikut sunnah Rasul-Nya. Berdasarkan sebuah hadis;
Hadis : Dari Abu Umamah r.a dia mendengar Umar Bin Khaththab r.a berkata : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memiliki pakaian baru kemudian mengenakannya dan ketika sampai di tengkuknya dia membaca;
'Alhamdulillaahil ladzii kasaanii maa uwaarii bihi 'aurotii wa atajammalu bihii fi hayaatii (Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dapat menutup auratku dan dapat berhias dengannya dalam hidupku)’,
kemudian dia berniat dengan pakaian yang sudah usang atau yang sudah tidak dikenakan untuk diinfaqkan, maka dia berada dalam jaminan Allah Ta'ala dan berada di sisi Allah serta berada dalam lindungan Allah baik hidup mahupun mati, baik hidup mahupun mati dan baik hidup mahupun mati.” [288] Sahih Riwayat Ahmad
(b). Hadis yang pertengahan
Maksudnya hadis yang memerlukan perhatian khusus atau takwilan mengenainya. Contohnya;
Hadis kiasan : Dari 'Aisyah r.anha : Sebahagian isteri-isteri Nabi saw berkata kepada Nabi saw : "Siapakan diantara kami yang segera menyusul anda (setelah kematian)?". Beliau bersabda: "Siapa yang paling panjang lengannya diantara kalian". [1331] Sahih Bukhari
‘Panjang lengan atau tangan’ itu bermaksud orang yang paling banyak bersedekah bukan orang lebih panjang tangannya secara zahir. Para isteri Nabi saw juga salah faham mengenainya (pada mulanya sahaja) sehingga mereka mengukur tangan masing-masing untuk melihat tangan siapa yang lebih panjang.
Di dalam bahasa melayu panjang tangan bermaksud suka mencuri, tetapi dalam bahasa arab panjang tangan bermaksud orang yang paling suka dan banyak bersedekah. Jadi tidak boleh kita menafsir mengikut bahasa lain kecuali mengikut maksud bahasa yang diturunkan pada waktu itu.
Hadis pengkajian : Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Terapi pengubatan itu ada tiga cara, iaitu; berbekam, minum madu dan kay (menempelkan besi panas pada tempat yang terluka), sedangkan aku melarang umat ku berubat dengan kay.” [5249] Sahih Bukhari
Bukan sahaja berbekam dan madu sahaja malah bercelak, lada hitam dan sebagainya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi, bukan itu satu-satunya cara dalam pengubatan, apa yang Nabi saw ingin sampaikan, hakikatnya adalah supaya kita berusaha mencari penawar apabila sakit dan yang paling utama adalah penjagaan kesihatan. Tiada salahnya dengan memakan vitamin dan sebagainya.
Hadis yang boleh dipelbagaikan : Dari Aisyah r.anha : Rasulullah saw bersabda, “Siwak itu dapat membersihkan mulut dan dapat mendatangkan keredhaan Allah AzzaWaJalla.” [23196] Sahih Riwayat Ahmad
Tidak semestinya menggunakan sugi untuk memberus gigi, boleh juga menggunakan berus dan ubat gigi kerana tujuan asalnya adalah agar dapat membersihkan mulut dan gigi. Sekiranya tiada sugi atau berus gigi misalannya, gunakanlah jari.
Perlu diingat, secara asasnya kita perlu melihat kepada zahir hadis terlebih dahulu sebelum mentakwil sesuatu hadis. Untuk mentakwil sesuatu hadis, ia perlu kepada alasan yang kuat dan kukuh dan perlu melihat kepada keperluannya samada hadis itu satu kiasan, memerlukan pengkajian dan samada ianya boleh dipelbagaikan.
Bab ini adalah antara yang paling rumit, tetapi tidaklah mustahil untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk membuktikan kehebatan hadis Nabi saw yang bersesuaian sepanjang zaman dari seluruh aspek. Selain itu ia juga menunjukkan fleksibiliti hadis yang memudahkan sesiapa sahaja untuk mengamalkannya.
(c). Hadis yang wajib beriman tetapi tidak boleh ditakwil
Ia melibatkan hadis-hadis mengenai alam ghaib (tidak dapat dilihat dengan mata). Contohnya;
Hadis sifat Allah Ta’ala : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Rabb Tabaaraka wa Ta'ala kita turun di setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman: "Siapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku penuhi dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni”. [1077] Sahih Bukhari
Hadis siksa kubur : Dari Aisyah r.anha : Dia bertanya kepada Rasulullah saw perihal siksa kubur, maka Beliau (saw) menjawab: "Ya benar, siksa kubur itu ada". Kemudian 'Aisyah r.anha berkata : "Maka sejak itu aku tidak (pernah) melihat Rasulullah saw setelah melaksanakan solat kecuali Beliau memohon perlindungan dari siksa kubur.” [1283] Sahih Bukhari
Hadis tentang malaikat : Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Jika Allah memutuskan suatu keputusan di langit, maka malaikat akan mengepak-ngepakkan sayapnya kerana tunduk kepada titah-Nya, seolah-olah kepakan sayapnya seperti rantai di atas batu licin.” [6927] Sahih Bukhari
Banyak lagi hadis-hadis yang mengenai perkara ghaib ini seperti hadis para Malaikat, Jin, Syaitan, Arasy, alam barzakh, hari akhirat dan sebagainya. Umumnya hadis mengenai perkara-perkara ghaib ini jangan ditakwil kerana tiada sesiapun mengetahui akan perkara ghaib. Namun beriman kepadanya adalah wajib.
(d). Belum sampai ilmu pengetahuan
Terdapat juga beberapa hadis yang kita tidak mampu mengungkapkannya dengan akal kerana akal kita atau ilmu pengetahuan kita masih belum mencapai tahapnya. Selalunya hadis ini berkaitan dengan kejadian masa depan, fizik dan sebagainya. Namun beriman dengannya adalah wajib. Contohnya;
Hadis masa depan : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga matahari terbit dari sebelah barat.” [4270] Sahih Bukhari
Tiada seorang pun yang dapat tahu bagaimana keadaan bumi dan planet-planet di sekitarnya apabila matahari terbit dari barat atau menerangkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Walaupun terdapat beberapa gambaran dan penjelasan mengenainya, namun janganlah terlalu taksub atau berpegang dengannya.
Ini kerana, jika sains tersebut salah maka orang akan menyalahkan hadis Nabi saw. Sebenarnya kajian sains merekalah yang salah bukan hadis yang merupakan wahyu dari Allah Subhana wa Ta’ala yang mempunyai kekurangan.
Firman Allah Subhana wa Ta’ala;
Surah Ali 'Imran [3] : 164
164. Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Rujukan :
Tafsir Ibn Katsir
Berinteraksi Dengan Al-Sunnah [Dr. Yusuf Al-Qaradhawi]
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kaedah Memahami al-Hadith [A/Prof Fauzi Deraman]
Ilmu Usul al-Fiqh [Syaikh Muhammad Shalih al-Utsaimin]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli Mokhtar]
Sejarah Hadis [M Hasbi Ash Shidieqy]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]
Iman Kepada Allah [Dr. Sulaiman al-Asyqar]

Tokoh Hadis Nusantara


Muhammad Yassin Isa al-Fadani
1916 – 1990 M/1335 – 1410 H

Dalam dekad 50 an yang lalu, Halaqat Hadith Syeikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani dibanjiri ramai penuntut dari dalam dan luar Makkah. Penuntut-penuntut dari Malaysia atau disebut Tanah Melayu pada ketika itu tidak ketinggalan untuk turut bersaing dalam halaqat ini kerana mendapatkan Isnad Hadith yang tinggi dan istimewa menerusi Syaikh al-Hadith Muhammad Yasin Isa al-Fadani.

Pengajian Isnad hadith merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu dalam pengajian ini dan satu-satunya kelebihan ulama Islam, mereka dapat membuktikan setiap hadith yang mereka baca dan sampaikan kepada murid-murid mereka dengan silsilah sanad yang berhubung hingga sampai kepada Rasulullah saw. Melalui para rawi yang thiqat dan mempunya keahlian yang cukup tinggi dan wibawa. Semoga Allah merahmati Abdullah ibn al-Mubarak dengan konotasinya yang cukup bermakna dalam pengajian ini, katanya:

الإسَْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ، لَوْلا الإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ[1]‏

Terjemahan: Isnad sebahagian daripada agama, tanpa isnad, orang bebas bercakap sesuka hatinya.

Yahya ibn Ma`in pernah ditanya ketika sakitnya yang mengakhiri hayatnya: Apakah sesuatu yang anda suka pada saat ini. Dia menjawab:

بَيتٌ خَالِي وَاِسْنَادٌ عَالِي [2]

Terjemahan: Saya sukakan rumah yang tenang, dan isnad yang tinggi.

Tokoh yang sedang diperkatakan di sini ialah seorang ulama insaiklopedik Nusantara. Beliau mempunyai kepakaran kelas pertama dalam bidang-bidang Hadith, Usul al-Hadith, Usul Tafsir, Fiqh, Usul al-Fiqh dan ilmu Falak. Nama penuh beliau ialah `Alam al-Din Abu al-Fayd, Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani. Beliau di lahirkan di al-Masfalah, Makkah al-Mukarramah pada tahun 1335 H/ 1016 M. Dibesar dan diwafatkan di Makkah pada 28 Zul Hijjah 1410 H/ 21 Julai, 1990 M. Jenazahnya dikebumikan di perkuburan al-Mu`allaht.

Riwayat hidup al-Fadani yang cuba dipaparkan kali ini, bukan seorang tokoh ulama tempatan yang biasa diperkenalkan melalui Akhbar dan Majalah, bukan seorang Tuan Guru yang membuka pondok, lalu namanya terukir bersama nama Kampung dan madrasahnya. Tetapi beliau ialah seorang ulama Hadith yang namanya standing dengan nama-nama seperti Abu al-Tayyib Shams al-Din al-`Azim Abadi, Pengarang kitab `Awn al-Ma`bud dan Sheikh Muhammad Khalil al-Saharanfuri, Pengarang kitab Badhl al-Majhud. Kedua-duanya merupakan syarah kitab Sunan Abu Dawud yang tidak asing kepada guru-guru, para pelajar dan seluruh pencinta ilmu yang membawa banyak barakah dalam bidang ini.

Tokoh yang terkenal dengan keluasannya dalam bidang Hadis ini, terutama dalam pengkhususan isnad dan Musalsalat diberi julukan Nusnid al-`Asr (Penyimpan sanad pada zaman ini). Menurut Dr Yahya al-Ghwthani al-Fadani memperolehi isnad Hadis daripada lebih 700 sheikh, satu julmah yang memang sukar ditandingi. Kewafatan beliau menjadikan jarak sanad Hadis melalui jalan beliau lebih jauh satu darjah dengan Rasulullah saw berbanding sebelumnya. Justeru, tidak terkejut jika Syeikh al-Fadani pada masa hayatnya selalu diburu oleh pencinta sanad Hadis untuk mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi. Menurut pengajian ini, semakin kurang jumlah periwayat dalam isnad semakin tinggi nilai kesahihan sesebuah Hadis dan semakin akrab pula dengan Rasulullah saw.

Sejarah mencatatkan ilmuwan Hadis pernah merantau berbulan-bulan lamanya demi mendapatkan hanya satu Hadis menerusi sanadnya yang tingi dan dipercayai ada di negeri-negeri tertentu, mereka sedia membenjakan peruntukan yang besar, kadang-kadang hanya untuk mendapatkan satu Hadis daripada seorang syheikh yang berusia.

Zaman ini merupakan zaman yang paling malang bagi pengajian isnad Hadis, terutama di Malaysia kerana hampir tiada lagi peminat yang memberi perhatian kepada jalan-jalan sanad dan riwayat Hadis dalam sesebuah negeri. Pengajian Hadis yang ada pada hari ini, tidak lebih dari hanya untuk mendapat keberkatan, bukan lagi sebagai sandaran ilmiah yang memerlukan kajian dari segi kekuatan dan kelemahan riwayat. Justeru, tidak hairan jika ramai para cendikiawan tersasul apabila bercakap tentang agama, bahkan ada yang berhujah dengan Hadis Mawdu` dengan alasan itu pun Hadis juga. Berkata al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi

الرِّجَالُ أرْبَعَةٌ : رَجُلٌ يَدْرِيْ ويَدْرِيْ أنَّهُ يَدْرِي فَذَلِكَ الْعَالِمُ فَاتَّبِعُوهُ؛ وَرَجُلٌ يَدْرِيْ وَلا يَدْرِي أنَّهُ يَدْرِي، فَذَلِكَ نَاسٌ فَذَكِّرُوهُ ؛ وَرَجُلٌ لا يَدْرِي ، و يَدْرِي أنَّه لا يَدْرِي ، فَذَلِكَ مُسْتَرْشِدٌ فَاَرْشِدُوهُ ؛ ورَجُلٌ لا يَدْرِيْ ولا يَدْرِي أنَّه لا يَدْرِي ، فَذَلِكَ جَاهِلٌ فَارْفُضُوهُ .

Terjemahan: Manusia terbahagi kepada empat golongan: Orang mengetahui, dia mengetahui bahawa dia mengetahui, orang itu alim, sila ikuti bimbingannya; orang mengetahui, dia tidak mengetahui bahawa dia mengetahui, orang itu lalai, peringatkan dia; orang yang tidak mengetahui, dia mengetahui bahawa dia tidak mengetahui, orang itu sedang mencari pembimbing, sila bimbinglah dia; orang yang tidak mengetahui, dia tidak mengetahui bahawa dia tidak mengetahui, orang itu jahil maka tinggalkan dia.

Pendidikan al-Fadani
Al-Fadani mendapat pendidikan awal daripada bapanya Syeikh Muhammad Isa dan bapa saudaranya Syeikh Mahmud, pada beliau al-Fadani belajar al-Qur`an al-Karim. Dalam usia yang sangat awal, beliau menghafaz matan bagi ilmu-ilmu Islam, kemudian beliau menyambung palajarannya di sekolah al-Saulatiyyah dan tamat pada tahun 1353 H., seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Darul Ulum dan daripada beberapa ulama yang mengajar di Masjid al-Haram.Beliau mempunyai bilangan guru lebih dari 700 orang, antara mereka ialah bapanya Muhammad Isa dan Syeikh Mahmud, Syeikh Muhammad al-Samluti, Syeikh Muhammad Bakhit bin Udaq al-Fadani, syeikh Muhammad bin Mahmud al-Dumi, Syeikh Muhammad Anwar Shah al-Kashmiri, Muhammad Ali bin Husain al-Maliki, Syeikh Muhammad al-`Arabi al-Tabbani, Syeikh Muhsin Musawi al-Muti`i, Syeikh Umr Hamadan al-Mahrusi, Syeikh Muhammad Nur Sayf, Syeikh Ibrahim al-Fatani, Syeikh Amin Kutubi al-Husni, Syeikh al-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, Syeikh Muhammad Hasanayn Makhluf dan ramai lagi semoga Allah merahmati mereka.
Meskipun al-Fadani menghabiskan seluruh usianya di Makkah, tanah tumpah darah keluarganya Padang, Indonesia, namun beliau bukan milik mana-mana negeri, beliau milik seluruh umat Islam di dunia tanpa sempadan, Jika ditinjau dari segi bilangan murid yang menjadi anak didik al-Fadani, mungkin seluruh ulama Malaysia yang pernah belajar di Tanah suci Makkah dalam tempoh setengah abad yang lalu adalah mrid dan anak-anak didik beliau.
Anak-anak didik al-Fadani memang wajar berbangga dengan al-Fadani sebagai guru mereka. Jika ulama silam sering diberi gelaran oleh murid-murid mereka dengan gelaran-gelaran seperti al-Allamah, al-Hibr, al-Bahr, al-Fahhamah (sangat alim, sangat luas pengetahuan, ilmunya melaut dan mendalam kefahamannya), maka al-Fadani adalah antara ulama yang layak mendapat gelaran-gelaran itu.
Sepanjang pengetahuan penulis, al-Fadani mempunyai murid yang cukup ramai di seluruh dunia. Antara mereka yang masih menyumbang khidmat mereka ialah Tuan Guru Haji Hashim bin Haji Abu Bakr, Pengetua Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dan Tokoh Ma`al Hijrah tahun 1428 Hijrah. Selain beliau tidak dapat dipastikan ada dan masih hidup.
Karya-karya Syeikh Yasin
Al-Fadani termasuk dalam golongan ulama yang mempunyai hasil penerbitan yang begitu banyak, ada yang berjilid-jilid besar dan ada yang berupa risalah, kira-kira lebih dari seratus judul, antara judul karangan beliau ialah:
إتحاف الإخوان باختصار مطمح الوجدان من أسانيد الشيخ عمر حمدان
إتحاف أولي الهمم العلية بالكلام على

Monday, 17 October 2011

Cara Nak Guna N4all.org Untuk Download Movie

Setelah Ramai yg xtau mcm mn nak gna website http://www.n4all.org..aku dengan senang hati mewujudkan tutorial ini..

Oleh Kerana Dirang Dh Ubah Website Diorang Aku Tambah ckit tutorial ni..

Tutorial ini bleh juga diguna kan untuk website ni..

http://cbox.sfloss.net/



Lepas dh msuk Website ni.korang tekan je Mirror 2 Or Mirror 3
JGN Click Mirror 1....dh xleh guna..
Pastu nnti kuar yg ni..






1..Letak nama korang dlm kotak name,pastu tekan profile


2..Klau dia kuar mcm yg atas ni,korang letak je password apa2 pun..pastikn korang ingt password ni..pastu tekan save.

3..Tapi klau keluar mcm yg ni plak..korang close kotak 2.pastu korang letak nama bru..letak je nama apa2 pun..korang letak nama bru pastu tekan profile balik..pastikn kuar mcm kotak yg atas ni bru ok..



4..Lepas dh settle save 2..korang close je kotak 2..lps ni korang dh bleh stat gna website ni...lgi satu lps ni klau korang nak gna website ni lgi korang isi je nma yg korang daftar td pastu tekan profile,nnti dia akan kuar mcm gambar kedua ni..isi pasword korang pastu tekan je login.

5..Kotak email/url 2 biarkan je..x payah isi apa2 pun..

6..lps dh isi nma...copy link yg korang nak download pastu paste kat cni...

a)http://n4all.org/lc/


Clik image untuk nmpk lgi clear
7.Lps dah paste..tekan je "CHECK MY LINK"

8.Lepas dh tekan "CHECK MY LINK"..nnti korang akan tgk dia akan kuar kt kotak dibawah...copy je apa yg dlm kotak 2...pergi paste kt ruang mesej kt chatbox 2.lps 2 tekan GO


9..Lepas korang dh tekan Enter or Go,korang tggu je link korang akan di leech oleh admin or Mod kt situ,nnti bila link korang diorang dh leech,diorang akan bgi New link kt Korang..nnti korang download guna je link yg diorang bgi 2..

Clik image untuk nmpk lgi clear

10..Sebagi Contoh..tgk kt atas ni mcm mn link yg aku letak diorang leech pastu bgi new link kt aku..korang nak download tekan je link yg diorang bgi 2..ok..kepada yg gna IDM right klik je kt link 2,pastu pilih DOWNLOAD WITH IDM..ok semua



Harap Tutorial ni dapat di fahami ok..ni 1st time aku buat TuTorial..sorry la klau ada salah kt mn2..heheh

Monday, 10 October 2011

senarai GAME yang menghina ISLAM

1) Devil May Cry 3
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker CGI yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.


Karaker CGI. itu ada membaca ayat, jika kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.


(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.


"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy"

|Kalimah Allah pada pintu dalam permainan tersebut|


2) Clive Barker Undying
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya memberi gambaran keadaan dalam istana yang didiami syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas : Permainan Undying dirampas kerana hina Islam


PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.



3) Zack And Wiki
Luahan dari seorang gamer Wii :

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?


Note: Pembaca boleh mendengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 dan 0:44 pada video dibawah.

Tindakan yang dibuat :

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.


The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.


4) Prince of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain permainan ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan. Justeru, semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scene
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".


6) Stronghold Crusader
Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.


7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada dua kemungkinan di sini :

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:


Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4
Sebuah lagi game yang menghina Islam ialah Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated”. Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada permainan tersebut.
|Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut|
|Screenshot dari gameplay Resident Evil 4|

|Zoom pada pintu tersebut|
Sedarkah anda apa yang tidak kena dengan gambar di atas?. Jika pembaca ingin tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Bagaimana ia boleh tersesat dalam game ni pula.
|Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi|

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati-kan. Lihat gambar di bawah ini.

|Perbezaan pintu dalam game dengan realiti|

|Selepas meletakkan logo illuminati game tersebut|

Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM bersama Devil May Cry. Tidak pasti pula apakah punca warga Jepun ini tidak berpuas hati dengan umat Islam.
9) Dante's Inferno
Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.

Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Permainan ini sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka.

Menurut dari website Gameslatest : Middle East avoids Dante’s Inferno (telah dipadam)
Menurut website Gameslatest, di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? Ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Untuk pengetahuan anda, ayat diatas mempunyai maksud tersirat :

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"
Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.
Inferno XXVIII, 19-42
The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk yang telahpun membuat satu filem bisu (tanpa dialog) pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Justeru, game Dante's Inferno ini telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan dibawah sedar terhadap sesiapa yang bermain permainan tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan agar berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Kepada pembaca yang telah membaca artikel ini diharapkan supaya membantu dengan menyebarkan artikel ini kepada keluarga, rakan-rakan dan orangMuslim yang lain secepat mungkin.
“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam : 70
“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39

Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat ; Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka"
Kesimpulannya, seluruh umat Islam adalah diharamkan bermain permainan video yang mempunyai unsur penghinaan terhadap mana-mana agama di dunia. Samada penghinaan keatas agama Islam, Kristian, Yahudi, (Judais), Buddha, Hindu atau lain-lain agama. Jika kita tetap bermain permainan ini, bermakna kita telah menghina agama-agama tersebut dan bersubahat dengan penghina agama itu. Ia juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW melarang umat Baginda daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam adalah dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

KOD RAHSIA TELEFON PINTAR ANDROID ANDA

Assalamualaikum sumer, laani rata2 org kite ngok da mule gne telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android , xkira iphone ke nokia ...