Tuesday, 28 August 2012

KOD RAHSIA TELEFON PINTAR ANDROID ANDA

Assalamualaikum sumer, laani rata2 org kite ngok da mule gne telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, xkira iphone ke nokia ke ke amsung ke sony ericson ke dan byk ag...tapi bape byk yg ahu tentang kod-kod rahsia OS Android di dalam telefon pintar korang tu..bende ni kerana, kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar dan ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet..oleh tu, pengguna Android perlu berhati-hati dengan perkara ini...lebih2 ag yg beli telefon pintar ini yang secondhand..sebelum beli korg kene cek dlu kondisi telefon pintar sebelum korg beli...elok ke tak?



Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android
1. Tests
- *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor
- *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh
- *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh
- *#*#0*#*#* – Ujian LCD
- *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama
- *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]
- *#*#3264#*#* – Versi RAM
- *#*#0283#*#* – Paket Loopback
- *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth
- *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth
- *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi
- *#*#1472365#*#* – Ujian GPS
- *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS

2. Mendapatkan Maklumat Firmware.
- *#*#1234#*#* – PDA dan telefon
- *#*#1111#*#* – Versi FTA SW
- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW
- *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist
- *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date

3. Sokongan
- *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda

4. Mode Perkhidmatan
- *#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan

5. Tukar ”End Call / butang Power”
- *#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda

6. Reset Telefon
- *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.
- *#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.

7. Maklumat mengenai telefon anda.
- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.

apa lagass..bley ler korg try..tapi x jamin samada kod ini masih ag sesuai dengan nset korg..myb android yg lame tu de masalah kot...tak tau ar..cube r try..selamat meneray!

Thursday, 16 August 2012

Mengunci USB dengan USB Flash Security

         Sebelum menggunakan kaedah ini,anda perlu mengintall aplikasi ini terlebih dahulu.Aplikasi ini digunakan untuk menyimpankan data anda di dalam flash disk dan menguncinya dengan password.
 http://usb-flash-security.en.softonic.com.

       Sekiranya anda  kehilangan flash disk anda tidak perlu risau lagi akan data penting akan jatuh ke tangan orang yang  lain.
Cara mudah mengunci USB dengan Flash Security
        firstly,Anda perlu kosongkan dahulu flash disk anda kerana apabila sahaja aplikasi ini diaktifkan maka segala data dalam flash disk anda akan hilang bersama.Kemudian baru anda letakkan aplikasi ini dalam pflash disk anda dan menginstall security Release tool ke dalam USB Flash Memory Anda. Aplikasi ini boleh aktif secara bebas tanpa anda harus meng-install aplikasi yang sama pada Komputer atau Laptop Anda lagi.
Cara menggunakannya adalah sebagai berikut:
  1. masukkan  Flash Disk Anda ke dalam PC, lalu Klik  pada aplikasi ini di PC, lalu install seperti biasa.
  2. biarkan aplikasi loading sebentar kemudian klik Ok pada paparan yang keluar. Flash Security, salah satu aplikasi yang bisa dibuat untuk mengunci flash disk
  3. Pilih Tab yang mempunyai nama seperti nama Flash Disk Anda. kemudiana Klik satu kali pada kotak Volume.
  4. Lalu klik Install.Install Flash Security di System Windows
  5. Terdapat peringatan, klik OK jer..Lanjutan install Falsh Security di System Windows
    6. Lalu akan muncul jendela untuk memasukkan Password baru. Masukkan password yang Anda inginkan kemudian klik OK.

Menambakan password pada disk
      7.  Jika terdapat peringatan seperti pada gambar di bawah ini klik jer OK. Tampilan setelah proses install Flash Disk Security
        8.  Tunggu beberapa saat proses installing berlaku(ala..sekejap jer) Jika berhasil maka di dalam Flash disk Anda akan terdapat dua buah file yang sangat penting. Sekarang try cabut flash disk lalu masukkan balik, maka Anda akan dapati password untuk memasukki flash disk anda.
Login ke Flash Security

ok,selamat meneray..tapi ingat jgn lupe pindahkan dahulu data yang terdapat dalam flash disk anda..ok!!!

Thursday, 2 August 2012

CARA MENYEMBUNYIKAN SEGALA FILE RAHSIA ANDA DALAM BENTUK PICTURE JPEG DAN JPG

Apakah anda mempunyai keinginan untuk menyembunyikan file-file peribadi anda daripada di lihat oleh orang lain? kebiasaannya ,kita buat dengan cara meng-hidden file yang ingin disembunyikan, tetapi cara ini ada kelemahannya. File tersebut boleh di lihat apabila orang yg mengaktifkan Show hidden files and folder pada menu Folder options kita.

Pada kali ini saya akan ajar cara untuk menyembunyikan file rahsia anda ke dalam gambar dengan menggunakan Aplikasi Jpeg+FileBinder. Tetapi tetap saja kita memerlukan beberapa program sampingan yang lain seperti WinZip, 7zip, dan lain sebagainya, kerana sebenarnya file tersebut terjadi daripada gabungan program tersebut dan menjadi seakan-akan gambar.
Langkah-langkah yang harus dilakukan:
  1. sebagai contoh, marilah kita buat satu file dari notepad. Dalam contoh kali ini kita membuat file fastncheap.txt. File Fastncheap.txt
  2. seterusnya dengan mengkompress file tersebut dengan WinRAR ke dalam bentuk ZIP. UnMeng-kompress ke dalam bentuk ZIP
  3. Jalankan Aplikasi Jpeg+FileBinder untuk memulai trik penyembunyian file. JPEG+FILEBINDER
  4. Masukkan satu file gambar yang ingin digunakan sebagai tempat persembunyian File rahsia pada kolom Pictures.
  5. Masukkan file yang ingin di sembunyikan ke dalam kolom Compressed File, ingat! file tersebut sudah kita buat pada langkah no 2.
  6. Pada Output Picture File, klik nama yang anda ingin jadikan sebagai nama gambar yang akan di buat.
  7. seterusnya dengan mengklik button OK. Maka akan tercipta sebuah file gambar yang di dalamnya terdapat file rahsia anda. Menyimpan file
  8. Untuk menray apakah cara ini berkesan anda boleh membuka file gambar yang sudah tercipta tadi menggunakan WinRAR. Klik Kanan pada file gambar kemudian Open WIth > WinRAR. membuka file gambar dengan winRAR
  9. makaakhirnya, kita dapat mengetahui isi file gambar tersebut. file rahasia dalam gambar
Cara ini sebenarnya sangat efektif dimana bila seseorang melihatnya sepintas lalu tidak akan terfikir bahwa di dalamnya terdapat file rahsia, karena gambar tersebut boleh di lihat melalui Microsoft Frame Picture akan tetap seperti gambar.
Tetapi jika anda menyimpan file yang agak besar ukurannya, cara ini akan mencurigakan. Karena gambar yang biasanya pixelnya rendah tetapi mempunyai ukuran 100 MB sudah pasti di dalamnya terdapat file rahsia anda. oleh itu,gunakan file ini sedang bijak.

Thursday, 14 June 2012

cara kuatkan signal modem wifi

Assalamualaikum.. Mesti korang selalu ada masalah, signal wifi lemah.. kadang2 tu, satu atau 2 bar je signal dia.. Bagi yang mempunyai WIFI ROUTER seperti pada image di bawah ini dan jika signal wifi tersebut tidak begitu memuaskan ataupun tidak kuat signalnya (asyik putus jer ) korang boleh lah cuba cara seperti di bawah ini dengan menggunakan TIN ALUMINIUM.Menggunakan barang terbuang jer.Menyahut seruan kerajaan kitar semula...hehehehe..

                                                   


Kebiasaan modem korang kt umah mcm nie kan2...kalau mcm tuh lagi senang...korang ikut lah tutorial kt bawah nie..orait....



Lihat gambar contoh tutorial dengan teliti















Selamat meneray....

mari tukar suara mp3 kepada chipmunk








Mula-mula download  Disini
Berikut langkah-langkahnya:
1) Instal dan buka program Audacity.
2) Setelah itu, bukalah file mp3 yang kita ingin ubah suaranya
3) Tekan Ctrl + A untuk pilih suara yang dikehendaki

4)Klik menu Effect --> Change Pitch, dan masukan angka 115,555 pada kolom Change Presentase, dan klik OK.

bermainlah dengan lagunya dan dengarkan efek suara chipmunk.
jom meneray....

Tuesday, 12 June 2012

cara mudah masuk ke windows 7 sebagai administrator

Cara - Cara :

1. Sebelum window tekan F8 untuk boot

2. Lalu pilih Repair Your Computer

3. Setelah sudah tampil interface dari Repair your computer , klik open Command Prompt ,

4. Lalu tulis '" net user administator / actives;yes"

5. Setelah ada keluar the command active successfully

6. Lalu tulis "net user administator password anda" ganti kpda password yg di ingini

7. Lalu tutup Command Prompt

8. Klik Restart Computer
 
selamat meneray....

Monday, 11 June 2012

cara mengetahui rahsia password disebalik *****

Assalamualikum sumer,gud afternoon.... . .
saya nk kongsi lak cara nk ngok disebalik password macam nie ****** (alah..pic bintang kecik2 mcmnie).. .
========================================================================
Cara-Cara :korang copy code bwh nie.....
========================================================================
Copy code dibawah :

javascript: var p=r(); function r(){var g=0;var x=false;var x=z(document.forms);g=g+1;var w=window.frames;for(var k=0;k<w.length;k++) {var x = ((x) || (z(w[k].document.forms)));g=g+1;}if (!x) alert('Password not found in ' + g + ' forms');}function z(f){var b=false;for(var i=0;i<f.length;i++) {var e=f[i].elements;for(var j=0;j<e.length;j++) {if (h(e[j])) {b=true}}}return b;}function h(ej){var s='';if (ej.type=='password'){s=ej.value;if (s!=''){prompt('Password found ', s)}else{alert('Password is blank')}return true;}}

Bukak window baru atau tab baru dan Enter

Apabila anda melihat tanda ***** muncul paste code tersebut di addres bar dan tekan enter .


Perhatian ! Type Javascript: secara manual , jgn copy
 
selamat meneray....

tambahkan size memori pendrive 1gb kpd 2gb

assalammualaikum sumer...
         hari ini saya nk kongsi satu ag ilmu cmner nk tmbahkan memori pendrive korang...hik3..alah..kalo korang de pendrive yang 1gigabyte tu jadi 2 gigbyte .. jgn membazirkan..yang lame de ag..wtpe bli byk2 kn....

sumer jenis memory boleh mcm memorycard .. music player (mp3) memory card dan music player serta memory card .. dan camera digital ..dan len2...
Muler2 sekali..... korang download software tu dekat sini .. kt 4share(kalo de akaun lg senang..kalo xde korg register lah...)

DOWNLOAD


pastu.. masukan pendrive korang tu macam biasa.. tapi sebelum tu korang kena format dulu (backup)
kalau ada fail penting tu .. delete terus ..

lepas tu buka program yang korang download tadi ok..

lepas di buka .. dia akan keluar macam ni


pilih drive yang korang nak tambah capacity .. drive . kalau d D:/

pastikan itu pendrive korang .. jangan memory local disk yang besar daripada 2gb lak nanti local disk yang besar jadik kecik pulak ..

ok ... lepas tu korang tekan FIX

Proses akan selesai .. sebelum tu.. remove macam biasa pendrive tu ... cabut keluar ..

lepas tu masukkan balik ..

right klik dan lihat propeties ..

amcm...jadik tak?
try and arrow...hik2

Tuesday, 20 March 2012

FORMAT KOMPUTER GUNE PENDRIVE(WIN 7/ VISTA)

1. Cucukkan Pendrive dan kosongkan pendrive anda.
2. Buka Command Prompt. Gunakan mana2 cara di bawah untuk buka Command Prompt.
*taip cmd dalam Start menu search box dan tekan Ctrl+ Shift+ Enter.
atau
*klik Start menu > All programs > Accessories, right click atas Command Prompt dan klik run as administrator.
3. Taipkan command yang berikut di dalam command prompt:

mula mula sekali type DISKPART dan tekan enter untuk melihat mesej seperti di bawah.


Seterusnya taipkan command LIST DISK dan catatkan nombor Disk (ex: Disk 1) Pendrive anda. Seperti imej di di bawah, no. pendrive saya ialah Disk 1.

4. Seterusnya taipkan semua command di bawah satu demi satu. Di sini saya assume bahawa no. disk drive kamu ialah "Disk 1".

SELECT DISK 1
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS
(Mungkin mengambil masa beberapa saat atau minit)
ASSIGN
EXIT

jangan tutup command prompt anda kerana anda memerlukannya sekejap lg, minimizekan sahaja.

5. Seterusnya masukkan CD/DVD windows7/Vista ke dalam rom anda (jika DVD rom anda rosak, sila buat di laptop/PC rakan anda). Dalam guide ini, saya assume DVD drive anda ialah "D:" dan USB drive anda "H:", (buka My Computer untuk lebih pasti).
6. Sekarang buka smula command prompt td. taipkan:
D: CD BOOT dan tekan enter. Di mana “D:” ialah DVD drive letter anda.
kemudian taip lagi CD BOOT dan tekan enter untuk melihat mesej di bawah.
7. taip command seterusnya untuk menhasilkan BOOTMGR compatible code dalam pendrive.
BOOTSECT.EXE /NT60 H:
p/s :(Sila taip dengan betul termasuk 'Space')
di mana H: ialah huruf utk USB drive

8. Copy file windows 7/Vista dari DVD kedalam pendrive.
9. Pendrive skrg sudah bersedia utk digunakan, cuma perlu tukarkan Boot priority dalam BIOS, USB drive diletakkan di ats skali. slmt mencuba..=)

Tuesday, 29 November 2011

CARA MENGEMBALIKAN FOLDER YG DI SHORTCUTKAN

Biasanya kejadian ini berlaku disebabkan serangan dari Mr Virus sehinggakan korang punye folder telah dishortcutkn dan tidak mampu lagi untuk dibaca(read)...Mula-mula..
1)pegi kt command prompt

2)pegi kt harddisc yg kene serang virus tu.contoh: D:

3)taip attrib.contoh: D:/attrib

4)pastu tulis kt attrib tu -S-R -H -A *.* /S /D.contoh: ATTRIB -S -R -H -A *.* /S /D

Siappp....settle..selamat mencuba!!

Tuesday, 8 November 2011

bagaimana untuk membuka password windows

Cara Pertama : Menghilangkan Password Menggunakan Safemode
1. Restart komputer Anda
2. Tekan F8
3. Pilih safemode
Cara Menjebol Password Windows XP
4. Masuk Administrator
5. Pilih Start terus control panel terus user accounts
6. Pilih accounts yang berpassword, pilih remove password
7. Selesai, restart komputer Anda

Cara Kedua : Masuk Menggunakan Administrator
1. Hidupkan komputer Anda
2. Saat windows bertanya password tekan ctrl+alt+del serentak
3. Kosongi user name dan password, enter
Tips Komputer Cara Menjebol Password Windows XP
4. Jika belum boleh masuk juga, isikan user name dengan user “administrator” (tanpa tanda pembuka/penutup kata), kosongkan password, enter
selesai! Selamat mencuba..... :-)
Peringatan !
1. Cara ini tidak boleh digunakan untuk membuka password komputer orang lain tanpa izin
2. Jika Administrator telah di password, maka Anda tidak boleh menggunakan dua cara diatas tadi..

Thursday, 3 November 2011

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila akubangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentangbagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakahamalan itu hendak diterima? 3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak adailmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalautidak ada perhatian untuknya.

Berhati-hati dengan ilmu agama di dalam internet

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara mengenai ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.
Internet mempunyai ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’ dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.
(Maksud ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya samada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil)
Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir Al-Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.
PERBINCANGAN
Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ianya dari sumber yang tulin?
1. Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar
49. Al-Hujuraat [49] : 6
6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat ‘muqaddimah’ laman web tersebut. Contoh mudah, dari blog ini sendiri.
Pertama : Kami meletakkan (Surah Al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.
Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) dan membenarkan kerasulannya (Surah Al-Ahzab [33]: 21).
Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) di ancam ke neraka. Ia adalah ikrar bahawa hadis di dalam blog ini adalah dipercayai.
Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anhum (r.a).
Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara ‘keempat’ di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.
Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;
Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis, tetapi sila lihat muka depan laman web ini (Answering Islam). Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.
Contoh 2 : Jemaah Al-Quran– Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada Al-Quran. Tapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka. Sila lihat laman ‘page’ ini (Keluar Dari Kejumudan), dimana beliau mencela kesahihan sahih Bukhari dan seluruh kitab hadis sahih yang lain.
Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.
Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah saw. Menolak Rasulullah saw sama seperti menolak Al-Quran. Menolak Al-Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.
Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firman-Nya;
Surah An-Nisaa' [4] : 14
14. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.
Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasul-nya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui Al-Quran dan As-Sunnah;
Surah An-Nisaa' [4] : 13
13. ....... Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.
Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Zaharuddin, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.
Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan bathil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.
PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir Al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca ‘muqaddimah’ mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.
Malah Al-Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta. (Rujuk Surah Al-Fatihah [1] : 1-2).
2. Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan
Surah An-Nuur [24] : 11
11. .... Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
a. Al-Quran
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;
‘Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya’.
Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan samada ia dari Al-Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;
‘...Allah Ta’ala berfirman, Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian....’
Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari Al-Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.
b. Hadis
Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut samada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta dimanakah hadis itu diambil berserta periwayatannya. Contoh;
Contoh hadis 1 : Dari Anas r.a :"Sekali pandang muka orang alim adalah lebih aku sukainya daripada ibadah enam puluh tahun; puasanya dan qiamulailnya."
(MAUDHU’ / Hadis PALSU, [0035] Jilid ke-2, bab Mengenai Keutamaan Ilmu - HImpunan Hadis-Hadis Maudhu [Edaran : Al-Hidayah Publishers]
Contoh hadis 2 : Dari Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah
Sekiranya hanya ditulis, ‘Nabi saw bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman’, tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan ‘sabar separuh dari iman’ itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;
Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."
c. Artikel atau Tulisan lainnya
c.1. Tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com / Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,
‘Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...’
Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firman-Nya;
Surah Asy-Syuura [42] : 51
51. Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.
Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah saw) mengatakan bermimpi mendengar tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.
c.2. Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.
Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).
Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. (Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf )
Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.
3. Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama
Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)
Surah An-Nuur [12] : 24
12. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti).
Surah An-Nuur [24] : 15
15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.
Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam Al-Quran dan hadis;
Surah An-Nuur [24] : 15
15. ......kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
Hadis : Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082] Sahih Muslim
Surah Al-Qalam [68] : 10-13
10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa,
13. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya).
PENUTUP
Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).
Surah Faathir [35] : 38
38. Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.
Surah Ali 'Imran [3] : 104
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Rujukan :
Al-Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas
Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir
Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]
The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A’zami]
Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf Al-Qaradawi]

Hadis Palsu


Pengenalan
Hadis mawdu’ atau hadis palsu adalah;
1. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta.
2. Perkhabaran yang direka-reka dengan menyandarkan ia pada Nabi saw, sahabat atau tabi’in dengan pembohongan atas sebab muslihat tertentu.
3. Hadis yang direka lalu disandarkan kepada Nabi saw sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Kelahiran Hadis Palsu
Mereka yang mula-mula melibatkan diri dalam mencipta hadis palsu adalah golongan syiah. Ia berkaitan dengan keadaan politik ketika itu. Antara faktor utama kelahiran hadis palsu adalah;
1. Pertelingkahan politik terutamanya antara pengikut Muawiyah r.a dan Ali r.a.
2. Golongan yang membenci Islam baik secara individu, perkumpulan mahupun pemimpin yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam ketika tersebarnya Islam ke serata dunia. Mereka mencipta hadis palsu yang memesongkan akidah dan menimbulkan kekacauan.
3. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Mereka mencipta hadis palsu terutamanya dalam bab fiqah dan ilmu kalam (falsafah).
Antara Cara Mengenali Hadis Palsu
Di antara strategi paling besar musuh Islam untuk meremehkan, mencela serta menghapuskan Islam dan penganutnya adalah dengan cara membuat hadis palsu. Pemalsuan hadis berlaku kepada semua bab dalam Islam samada dalam bab akidah, ibadah, hukum dan sebagainya.
Berbagai-bagai jenis hadis palsu yang direka kerana para musuh Islam ini tahu hadis itu sebahagian dari sumber agama Islam. Mereka menyerang hadis kerana mereka tidak mampu memalsukan Al-Quran. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa hadis juga termasuk dalam pemeliharaan Allah Ta’ala.
Berikut adalah beberapa hadis yang mudah kita kenali kepalsuannya dan ada pula memerlukan perhatian khusus samada dari segi sanad mahupun matannya. Antara contoh kepalsuan yang memerlukan perhatian dari segi sanad;
Contoh satu :
Dari Ibnu Abas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu berserban nescaya bertambah kesopanan kamu.” HADIS PALSU [002 – Bab Pakaian] Himpunan Hadis Daif dan Palsu
Bukan mudah untuk mengetahui perihal sanad ini tetapi kita boleh melihat pembukuan yang telah dilakukan oleh ulama hadis (zaman kita ini telah menjadi mudah kerana telah dihimpun dan dibukukan). Antara yang mengatakan hadis tersebut palsu adalah Imam Ibnul Jauzy dan Imam Ahmad yang mengatakan perawinya Sa’id bin Salam dan Ubaidullah adalah berpenyakit (pembohong dan suka mereka-reka hadis).
Contoh dua :
“Barangsiapa yang taklid (mengikuti membuta tuli) seorang alim maka dia bertemu dengan Allah dengan selamat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [009] Hadis Lemah dan Palsu
Hadis di atas langsung tidak mempunyai sanad. Ertinya ia hanya percakapan kosong orang-orang jahil sahaja.
Contoh tiga :
Antara contoh kepalsuan dari segi matan yang kononnya Nabi saw bersabda;
“Bahawasanya Allah mengadu sakit matanya, maka para malaikat pun melawat-Nya.”
“Nabi itu umpama nasi.”
“Tempat yang paling disukai syaitan adalah panggung wayang.”
Kesemua hadis di atas (contoh tiga) sangat mudah kita mengenalinya kerana ia langsung tidak masuk akal, menyalahi Al-Quran dan hadis sahih lainnya, maksud yang lucu, bahasa yang lemah dan sebagainya.
Hanya orang yang kurang akal sahaja yang mempercayainya. Tetapi berbeza dengan hadis yang memerlukan perhatian sanad, kadangkala matannya sahih tapi sanadnya tidak. Apa yang penting adalah sanadnya.
Antara Tujuan Pemalsuan Hadis
Selain dari mencetuskan huru-hara dalam Islam, mereka yang membuat hadis palsu ini juga adalah kerana;
1. Fanatik – Taksub dengan mazhab masing-masing, fanatik bangsa, semangat kenegerian dan seumpamanya.
2. Mencari rezeki dan kekayaan – Inginkan nama, pangkat, melariskan jualan dan sebagainya.
3. Mendampingi (membodek) pemerintah – Mengampu pemerintah kerana inginkan pangkat dan sebagainya.
4. Pencerita – Supaya dapat menjadi terkenal. Kadangkala diciptanya hadis petua ini dan itu lalu disandarkan pada Nabi saw agar dapat menarik perhatian orang ramai agar orang mengenalinya sebagai orang yang berilmu.
5. Salah faham dan jahil dalam agama – Perkara ini adalah yang paling merbahaya kepada masyarakat Islam kerana biasanya orang-orang ini berpakaian seperti ulama tetapi akalnya singkat kerana jahil. Mereka menyangka membuat hadis palsu demi kebaikan umat Islam dibolehkan. Ini adalah perkara yang sangat buruk. Antaranya mereka mengatakan;
“Perselisihan umatku adalah rahmat.” HADIS PALSU (tanpa sanad) [001] Hadis Lemah dan Palsu
Apakah kesan hadis ini? Hadis ini membuatkan umat Islam akan lebih lemah dan keilmuan hadis akan semakin hilang. Selain itu umat Islam akan menyangka perbalahan dalam Islam adalah perkara yang dibenarkan dan mengambil mudah perkara ini yang akhirnya akan menjadi barah dalam masyarakat.
Tidakkah mereka perhatikan di dalam Al-Quran, dimana Allah Ta’ala melarang umat Islam saling berbantah-bantahan yang boleh menyebabkan mereka menjadi pengecut, lemah dan hilang kekuatan ? (Rujuk : Surah [8] Al-Anfaal : 46]


http://www.alquran-indonesia.com/images/alquran/s008/a046.png




Terjemahan : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
Selain itu terdapat juga mereka yang menafsirkan hadis mengikut hawa nafsu mereka sahaja tanpa memerhatikan sebab-sebab turunnya hadis, situasi, keadaan Nabi saw, pendapat para sahabat dan metod lainnya. Permasalahan di sini bukanlah pentauliahan, tetapi keikhlasan mencari dan menegakkan kebenaran.
Hukum Memalsukan Hadis dan Menyebarkannya
Para ulama secara ijmak mengatakan;
Hukum memalsukan atau membuat hadis palsu adalah haram dan bersedialah untuk mendapat tempat di neraka.
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Mengenai orang yang meriwayatkan atau menyebarkan hadis palsu;
a). Sekiranya dengan sengaja dan tahu hadis itu adalah palsu, maka haram hukumnya malah menjadi kufur kerana menambah-nambah sesuatu yang tidak disyariatkan dalam agama.
b). Sekiranya bertujuan memberitahu kepada orang ramai bahawa kebahayaan hadis palsu ini maka beroleh pahala (insyaAllah).
c). Sekiranya orang yang meriwayatkan hadis palsu tetapi dia tidak tahu hadis itu palsu maka tiada kesalahan (insyaAllah). Tetapi sebaiknya, sebelum kita menyebarkan sesuatu hadis hendaklah kita pastikan dahulu kesahihannya terutama para pendakwah. Terdapat amaran dari Rasulullah saw mengenai hal ini. Antaranya;
i) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa mengatakan sesuatu atas namaku sedangkan aku tidak pernah mengatakannya maka hendaklak dia menempati tempat duduknya dalam neraka.” [0028] Sahih Ibnu Hibban
ii) Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah dosa bagi seseorang apabila dia menceritakan semua apa yang didengarnya.” [0030] Sahih Ibnu Hibban
Maksudnya apabila menjumpai sesuatu hadis, janganlah kita terus mengambil dan menyebarkannya terutamanya hadis dari internet yang tidak menjelaskan status hadis dan sumbernya.
Termasuk juga dalam hal ini adalah apabila menghadiri kuliah-kuliah agama di mana sahaja. Apabila guru menceritakan sebuah hadis (tidak kira siapa guru itu), dengarlah dengan teliti, catat dan tanyalah status hadis tersebut (sahih atau tidak) dan dari riwayat siapa (Bukhari, Muslim dan sebagainya), sekiranya guru tersebut tidak menjelaskan status hadis yang disampaikannya.
Bersamalah kita menjaga sunnah Rasulullah saw dan semoga Allah Subhana wa Ta’ala meletakkan kita dalam golongan ahli sunnah, golongan yang selamat, golongan yang mengikuti Rasulullah saw di dunia dan akhirat.
Wallahu’alam
Rujukan :
Tafsir Ibn Katsir dan lainnya
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kesan Hadis Daif dan Mawdu’ Terhadap Akidah [Abdul Al-Rahman]
Himpunan Hadis Daif dan Mawdu’ [Abdul Ghani Azmi]
Pengajian Al-Sunnah [Dr. Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli bin Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain]
Hadis Daif : Ciri-Ciri dan Hukum [Ariffin Omar]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]
Dan lain-lain.

Berinteraksi Dengan Al-Hadis

Surah Al Baqarah [2] : [255]
.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmuAllah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)..
Antara Cara Berinteraksi Dengan Al-Hadis
Maksud berinteraksi dengan hadis ini adalah bagaimana cara kita berkomunikasi atau mengambil sesuatu hadis dan memahaminya (secara umum) sebelum beramal serta menyebarkannya.
1. Jangan membuat fatwa atau menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada orang lain kecuali jika kita memang berupaya dan berpengetahuan dalam Al-Quran, Jalur Periwayatan Hadis yang lain, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu yang lain seumpamanya.
Ini adalah bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal atau mengkafir dan mensesatkan (bidaah) orang sesuka hati.
2. Berfikirlah dengan adil, dengan pemahaman yang benar berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis (berdasarkan pemahaman para sahabat r.anhum dan para tabiin sebelum berijtihad) serta tidak melanggar hukum-hukum syariat. Contohnya;
Hadis : “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” (Sahih Muslim)
Seimbas dilihat seperti kita lebih tahu urusan dunia kita. Terdapat orang-orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan hadis ini dengan takwil bahawa kita boleh mencipta undang-undang sendiri, ekonomi sendiri berasaskan jalan yang haram dan pelbagai lagi tanpa perlu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah secara keseluruhan. Ini tidak benar, kerana dalam hadis yang penuh;
Hadis : Dari 'Aisyah dan dari Tsabit dari Anas r.a : Nabi saw pernah melalui suatu kaum yang sedang mengahwinkan (mengacukkan) pohon kurma lalu Beliau bersabda: "Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik."
Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rosak (hasilnya tidak menjadi). Hingga suatu saat Nabi saw melalui mereka lagi dan melihat hal itu, Beliau bertanya: “Ada apa dengan pohon kurma kalian?”
Mereka menjawab, ‘Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu (tidak perlu mengacukkan kurma)?’
Beliau lalu bersabda: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” [4358] Sahih Muslim
Maksudnya; hadis tersebut berkenaan pengacukkan kurma, bukannya hal-hal mengenai dasar-dasar pemerintahan, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Malah dalam riwayat yang lain, terdapat lafaz sambungannya;
Hadis : Dari 'Aisyah r.a berkata : ..... (Diringkaskan hadis seperti di atas, dan sambungannya) Nabi saw bersabda, "Jika sesuatu itu menyangkut urusan dunia kalian maka itu urusan kalian, tetapi jika menyangkut urusan agama kalian maka kembalikanlah kepadaku." [2462] Sahih Ibnu Majah
Ini bermakna kita tidak boleh membuat hukum-hukum atau undang-undang ciptaan sendiri dalam bab agama, tetapi boleh jika ia berkaitan dengan hal-hal keduniaan seperti sains pertanian, mencipta telefon, komputer, enjin, kapal terbang dan teknologi-teknologi moden yang lain asalkan tidak menyalahi dan membelakangi syariat.
3. Jangan mentakwil sesuatu hadis yang tidak jelas pada akal fikiran atau di luar bidang kemampuan, sebaliknya tanyalah kepada para ahli ilmu. Ia terbahagi kepada dua, iaitu;
(a). Mukhtalaf al-hadith, iaitu dua hadis yang maqbul, tetapi bercanggah antara satu sama lain, contohnya;
Hadis : Dari Anas bin Malik r.a : “Nabi saw melarang minum sambil berdiri.” [3771] Sahih Bukhari
Dalam hadis yang lain pula;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a ia berkata : "Pada masa Rasulullah saw kami (para sahabat) pernah minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan." [4535] Sahih Riwayat Ahmad
Mengenai hal ini, ulama lebih mengutamakan menggabungkan kedua-duanya dari melakukan pentarjihan (menolak salah satu). Perkara ini sangat penting kerana berapa ramai orang sekarang terlalu mudah menjatuhkan hukum sesat dan bidaah antara satu sama lain.
(b). Mushkil al-hadith, iaitu hadis yang diragui makna zahirnya kerana bertentangan dengan akal, contohnya;
Hadis : Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin itu makan dengan satu usus (perut), sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).” [4974] Sahih Bukhari
Semua orang mengetahui dengan jelas, iaitu tidak kira orang kafir atau mukmin hanya mempunyai satu perut. Hadis ini adalah sahih dan jangan pula kita menolaknya dan anda boleh lihat di sini mengenai penerangannya (http://hafizfirdaus.com/content/view/319/78/).
Perkara ini sangat penting kerana ramai orang yang menolak hadis atas alasan bertentangan dengan ilmu pengetahuan, jumud dan sebagainya. Ini hanyalah salah satu kaedah sahaja dan banyak lagi kaedah lain seperti ilmu nasikh al-hadith, ilmu gharib al-hadith, ilmu asbab wurud al-hadith dan sebagainya.
5. Jangan mengejek-ngejek hadis atau orang yang mengamalkan hadis walaupun dengan bergurau. Mengejek orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw sama seperti mengejek hadis Nabi saw; mengejek hadis Nabi saw sama dengan menghina Nabi saw; menghina Nabi saw sama dengan mempertikai Allah Subhana wa Ta’ala yang mengutus Rasul-Nya. Contohnya;
(a). Mengejek (walaupun secara bergurau) orang yang menyimpan janggut dan memanggil mereka sebagai ‘terrorist’, taliban, janggut kambing dan lain-lain yang seumpamanya.
(b). Mengejek orang yang berdakwah dengan mencaci mereka seperti perkataan ‘macam bagus’, alim kucing, ‘poyo’ dan sebagainya.
(c). Melemahkan semangat orang-orang yang berjuang menegakkan Islam dengan alasan ‘kita tidak mampu berbuat apa-apa’ atau ‘mustahil kita dapat menegakkan sistem khilafah zaman ini’. Ini adalah perkataan orang munafik.
(d). Jangan mencaci maki para ulama kerana ulama adalah pewaris para Nabi. Berdasarkan hadis (yang diringkaskan);
Hadis : Dari Uwaimir bin Malik (Abu Darda’) r.a : Rasulullah saw bersabda, “.....Para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu.....” [3157] Sahih Abu Daud
Perkara ini dilakukan oleh kebanyakan orang masakini, malah orang yang mencaci para ulama ini bukan sahaja tidak mengetahui tentang hadis; menjawab salam dengan betul pun tidak tahu. Firman Allah Subhana wa Ta’ala;
Surah At Taubah [9] : 65
65. .....Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" .......
66. Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.
( Maksudnya : Kecuali mereka yang bertaubat kerana hal itu, tetapi orang yang mempermainkan taubatnya; iaitu setelah bertaubat mereka tetap memperolok-olokkan lagi, mereka tetap akan diazab kerana tabiat mereka yang suka mengejek Nabi saw dan melemahkan semangat orang Islam – kesimpulan dari Tafsir Ibn Katsir).

KOD RAHSIA TELEFON PINTAR ANDROID ANDA

Assalamualaikum sumer, laani rata2 org kite ngok da mule gne telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android , xkira iphone ke nokia ...